Selasa, 30 September 2014   |   Arbia', 5 Dzulhijah 1435 H
Pengunjung Online : 1.998
Hari ini : 13.594
Kemarin : 27.374
Minggu kemarin : 213.903
Bulan kemarin : 677.761
Anda pengunjung ke 97.175.141
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 186 Record
 < 1 2 3 4 >  Last ›
sahan; menyahan
mengangkat barang di atas bahu, memikul.
sahap
kulit binatang (kambing, kijang dll) yang dikeringkan dan digunakan untuk muka gendang.
saka; saka-saka

sejenis tumbuhan (pokok), Glochidion littorale;

      saka-saka padang sejenis tumbuhan (pokok), Glochidion clestroides.

Sakai
orang yang membawa sinipit dan taming dalam upacara penabalan dll.
sakak
sejenis burung, Pitta guajana schwaneri.
sakal
1 selalu gagal ketika melakukan sesuatu perkara (berubat, memohon kerja dll); 2 = sakal ati kiasan keras hati (biasanya kanak-kanak).
sakalur, = sikular
sejenis penyakit (mati separuh badan).
sakul
sejenis kuih kering.
salada
sejenis tumbuhan (pokok), Podocarpus polystachyus.
salajur
1 menuju ke sesuatu tempat dengan tidak singgah di mana-mana; 2 tidak bertangguh-tangguh lagi; 3 terus sahaja kepada; mis: berikan ~ surat ini kepada orang itu.
salambau
sejenis alat untuk menangkap ikan.
salang
damar.
salangkir
sejenis burung, Indicator archipelagicus.
salat I; menyalat

masuk (orang, benda dll) di celah-celah kumpulan yang menjadikannya terasing dalam kumpulan itu;

      kesalatan terselit (sisa makanan) di celah-celah gigi.

salat II; durian salat
sejenis tumbuhan (pokok), durian belanda, Annona muricata.
Salat III; Bukit Salat
nama sebuah kampung di Daerah Brunei dan Muara.
salaut
sejenis tumbuhan (pokok), Polyalthia hypoleuca.
salidai
sejenis ikan laut, Aplepes kalla.
salidap

sejenis alat yang biasanya terdapat di sawah untuk menghalau burung.

salili
1 warna yang serupa (cat rumah, perahu); 2 seragam (pakaian).
 < 1 2 3 4 >  Last ›