Selasa, 25 Agustus 2026   |   Arbia', 11 Rab. Awal 1448 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 6.545
Kemarin : 29.971
Minggu kemarin : 178.006
Bulan kemarin : 11.454.048
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 194 Record
 < 1 2 3 4 >  Last ›
tagak; bertagak
menarik tali dengan cepat untuk mendapatkan kikik lawan kerana kikik yang dipulut tidak mahu putus.
tagal; setagal
sebentar, sekejap.
tagamu
sejenis burung, Phaenicophaeus chlorophaeus fuscigularis.
tagar
selaput atau kotoran yang kemerah-merahan pada besi dll kerana terdedah pada udara dan air, karat.
tagari; menagari
memegang sesuatu dengan tangan.
tahai

ikan atau udang yang dikeringkan dengan menggunakan cahaya matahari;

      tahai masak api ikan aur-aur atau tamban yang dikeringkan (diasapi).

takah
1 toreh pada sesuatu (kayu dll); 2 kesan atau bekas yang tertinggal (pada tubuh, dinding dll) yang berbeza daripada asalnya;
takah-sinakah sejenis tanggam.
takang; bertakang
berketul; mis: gula ~, sira ~.
takat
timbunan batu kapur; batu karang.
takiding
sejenis bakul diperbuat daripada rotan (buluh, bamban) yang disikut.
takukur
sejenis burung, Streptopelia chinensis tigrina.
takul
peluk.
takung
sejenis bakul diperbuat daripada lidi dll yang dianyam jarang (digunakan untuk membasuh dan mengetuskan ikan dll).
takuyung

siput;

      takuyung jipun sejenis siput, Sp unid;

      takuyung pulas sejenis kerang-kerangan laut, Potamides cerithium;

      takuyung rimba sejenis siput, Sp unid;

      takuyung sigai sejenis kerang-kerangan laut, Sp unid.

      takuyung timba sejenis kerang-kerangan laut, Neritina crepidularis.

tala; menala
tangisan yang terlalu kuat dan lama sehingga tidak keluar suara tangisannya (biasanya kanak-kanak).
talang I; menalangkan

melemparkan;

      main talang sejenis permainan kanak-kanak dengan menggunakan gelang getah.

talang II; talang-talang
sejenis ikan laut, Coryphaena hippurus.
talatai; bertalatai
berjalan selangkah demi selangkah (kanak-kanak yang mulai belajar berjalan) dengan cara berpegangan atau bertelekan pada dinding (kerusi, meja dll), tatih.
talaya
sejenis bekas diperbuat daripada tulang pucuk yang dianyam untuk menjemur (ikan dll).
talimbu
sejenis alat yang diperbuat daripada batang besi yang kedua-dua hujungnya  berbelah digunakan untuk mengumpil.
 < 1 2 3 4 >  Last ›