Rabu, 24 Juni 2026   |   Khamis, 8 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 316
Hari ini : 9.608
Kemarin : 15.843
Minggu kemarin : 155.704
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 56 Record
 < 1 2 3 > 
ulun II; ulun takuyung
sejenis burung, Butorides striatus.
Uma; Dong-Dong Uma
nama lagu asli Brunei.
umbang; mengumbang
menyelongkar, membongkar.
umbi; berumbi-umbi
keadaan tanah (jalan raya) yang tidak rata.
umbu; mengumbu

 bertimbun (barang, pakaian dll);

      mengumbu ati perasaan terpendam.

umpak
sejenis ikan laut, Sp unid.
umpama; inda berumpama
tidak hormat (perbuatan, percakapan).
umpuk
sejenis bakul diperbuat daripada daun mengkuang dll yang berbentuk bulat serta mempunyai tutup (biasanya tempat menaruh kain).
umpung
sejenis seruling Brunei diperbuat daripada buluh.
undan; mengundan

mengheret;

      beririt-berundan mengheret atau membawa sesuatu dengan bersusah payah.

undu
sejenis penyakit kulit.
unggai; berunggai
1 membuat sesuatu pekerjaan dengan perlahan; 2 berkayuh dengan perlahan.
unggak; mengunggak
membuai dengan menggunakan indangan atau kuyutan.
ungkayah; terungkayah
terdaya dalam mengusahakan sesuatu.
unja; mengunja

menekan dengan kaki bertalu-talu, menghindik;

      Unja-Unja Papan nama lagu kanak-kanak Brunei.

unjak; mengunjak
menggiat, mengusik.
unjar; mengunjar
mencari.
untal; menguntal
menggulung benang kikik yang putus dengan menggunakan siku.
untang; untang-untang
sebahagian daripada alat pertenunan.
unun; berunun
mengumpul serta membakar kayu-kayuan dll (biasanya untuk menghalau serangga dll).
 < 1 2 3 >