Ditemukan : 212 Record
antadi
tadi
antah I
entah
antah II
bapa moyang atau ibu moyang (menurut susunan kekeluargaan Melayu Brunei) – spt dalam susunan: anak, indung, nini, datu, moyang dan antah.
antak I
hentak;
antak-antak ati teragak-agak,kurang yakin (membuat keputusan, melakukan sesuatu dll).
antak II; mengantak
menjerang (air, nasi dll).
antam
hentam;
antam saja buat sahaja sesuka hati;
berantam bk berjimak;
mengantam (anak) memukul.
antar I
lantang (suara), jelas (penglihatan).
antar II; mengantar
bahasa kasar makanan.
antat; mengantat
menghantar;
mengantati membawa untuk diberikan kepada, menghantari;
pengantati buah tangan (hadiah) untuk diberikan kepada seseorang;
mengantat tanda, = mengantar tanda menghantar tanda pertunangan.
antimun
mentimun, Cucumis sativus.
bungan antimun sejenis corak tenunan kain.
antu
hantu;
berantu 1 salah satu upacara (mengikut kepercayaan animisme) yang dilakukan oleh dukun untuk mengubat orang sakit; 2 ada hantunya; 3 kemasukan (kerasukan) hantu; 4 kiasan perasaan terganggu (kerana marah, kecewa dll);
dirasuk antu kemasukan roh jahat;
mengantu kiasan melakukan sesuatu yang sia-sia (keluar rumah tanpa tujuan, merayau-rayau).
anu
kata penunjuk atau kata ganti (orang, barang, tempat, masa dll) yang tidak disebut namanya;
beranu-anuan saling mengarah;
menganu 1 mengusik, mengganggu; 2 mengerjakan sesuatu;
si anu ganti nama orang ketiga.
anunan
sejenis ikan laut, Rhinobatus batillum.
api; api-api itam
sejenis tumbuhan (pokok), Avicennia alba;
api-api putih sejenis tumbuhan (pokok), Avicennia intermedia.
apis; mengapis
memasukkan sesuatu (tebu, aiskrim dll) ke dalam mulut dengan tarikan udara, menghisap.
apit; apit-apit, = pengapitan
sejenis alat memerah untuk mendapatkan santan.
ara
1 sejenis tumbuhan (pokok), Ficus androchaeta; 2 sejenis tumbuhan (pokok), Ficus chartacea;
ara sudu sejenis tumbuhan (pokok) Ficus deltoidea.
arai; mengarai
mengais-ngais supaya tidak bertompok (nasi, bara api, tanah dll); mis: dia ~ nasi sebelum makan.
arang I
1 sejenis tumbuhan (pokok), Ebenaceae sp; 2 sejenis tumbuhan (pokok), Diospyros sp.
Arang II; Batu Arang
nama sebuah tempat di Daerah Brunie dan Muara.
|