Ditemukan : 212 Record
Asam IV; Sungai Asam
nama sebuah tempat di Daerah Brunei dan Muara.
asang
1 alat bernafas bagi binatang yang hidup dalam air (ikan, katak dll), insang; 2 kilang air liur;
kambang asang keinginan untuk makan kerana terlihat atau terbayang sesuatu yang masam (asam kalumbi, asam-asaman dll).
asta; asta gana-gana
1 ungkapan yang diucapkan apabila terlupa akan sesuatu; mis: terlupa saya membeli gula di kedai ~ ~-~; 2 ungkapan yang diucapkan apabila melihat atau mendengar sesuatu yang difikirkan kurang munasabah.
astah
sr menyatakan kehairanan dll.
astakuna; bunga astakuna
sejenis corak tenunan kain.
azrang
sl Nasrani.
ayung
1 terasa pening, terhuyung-hayang; 2 kiasan berjalan ke sana sini tanpa tujuan.
ayau; mengayau
mendatangi suatu tempat untuk menghadapi pertandingan dll.
ayas; mengayas
melakukan sesuatu dengan cepat untuk menyiapkan atau menghabiskan (pekerjaan, makanan).
ayangan
bahagian yang terdapat pada kelong (lintau dll) sebelum bunuan.
astiri
sl isteri.
asual
sl pendahuluan.
atah
butir-butir padi dalam beras atau nasi, antah.
ati
hati;
ambil ati → ambil I.
atil; mengatil
menggiat.
atu
1 kata penunjuk (orang, barang, tempat) yang jauh, itu; 2 kata penunjuk (masa) yang lama, itu.
au
ya, betul, boleh.
aul
Ar haul;
makan aul kenduri tahunan untuk memperingati si mati.
aup; aupi → ampit (ampiti)
aur I; aur-auran
sejenis tumbuhan (herba). Sp unid.
|