Ditemukan : 52 Record
daming
sangat kecil.
damit
kecil;
anak damit anak kecil.
berkedamitan kata ejek kepada orang (biasanya kanak-kanak) yang mencampuri hal-hal yang tidak patut diketahuinya.
Damong
ketua bagi empat puluh orang Sakai seperampun merah dan berpisnin kuning untuk membawa sinipit dan taming.
dandam I
dendam.
dang
kep dayang.
dangan I
dengan.
dangan II
teman.
dangan III
orang suruh-suruhan.
dangsanak
sanak saudara, keluarga, dansanak.
dapa
depa;
dapa-dapa mendepakan (tangan) biasanya di pintu.
daram
lg drum, sj tong (seperti bekas minyatk tar).
dasu
sejenis kain halus yang lembut serta mengilat.
dasur; terdasur
terjatuk kerana terpijak pada sesuatu yang licin, tergelincir.
datu
keturunan keempat (menurut susunan kekeluargaan Melyu Brunei) – spt dalam susunan : anak, indung, nini, datu, moyang, antah dan geleng;
datu nini nenek moyang
daur; daur-daur
selalu keluar rumah, berpelisiran tanpa tujuan.
dayang I
1 tambahan pada nama perempuan spt cik dan puan bagi orang yang bukan dayangku atau pengiran; mis: ~ Rosni, ~ Kamsiah; 2 nama kahs – spt Hajah Dayang;
si dayang 1 timang-timangan (bagi kedua ibu bapa atau mentua) kpd anak perempuan (biasanya yg tua); 2 panggilan umum bagi perempuan yang tidak dikenali (terutama bagi yang lebih muda).
dayang II; dayang-dayang
sejenis ikan laut, Setipinna taty.
dayangku
1 gelaran untuk anak perempuan yang bapanya keturunan pengiran spt ~ Mariam; 2 nama timangan untuk anak perempuan.
diangdangan
sejenis pelipur lara yang dinyanyikan dengan menggunakan dombak.
didip; mendidip
menyalakan korek api dengan menggores.
|