Rabu, 24 Juni 2026   |   Khamis, 8 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 187
Hari ini : 9.919
Kemarin : 15.843
Minggu kemarin : 155.704
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 52 Record
 < 1 2 3
dih
sr menandakan hairan atau marah.
dinding; kedindingan

tersekat oleh sesuatu (dinding, pokok dll);

      cakap inda berdinding-dinding perihal bercakap lancang mengenai seseorang atau sesuatu;

      dinding bertalinga ki percakapan dalam keadaan yang tidak terjamin.

diri; orang diri
1 sanak saudara; 2 kekasih.
doi
sr membayangkan kehampaan.
dombak
sejenis alat muzik tradisional Brunei.
duai

ikan bawal;

      duai itam sejenis ikan bawal, Parastomateus niger;

      duai putih sejenis ikan bawal, Pampus argenteius.

duduk; dudukan

sesuatu (serbuk kopi, pasir dll) yang bercampur dengan cecair (spt air atau minyak) dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar, enapan;

      kedudukan dian, = kedukan dian sejenis alat untuk meletakkan dian.

dudus; mendudus

memotong (biasanya mulut ikan, hujung kayu dll);

      dudusan lauk potong-potongan mulut ikan.

dulur

biarkan; mis: kalau dilarang ia tidak mahu, ~ ia bermain;

      berdulur-duluran saling bertolak ansur sehingga mencapai kata sepakat;

      keduluran 1 tercapai tahap kepuasan maksimum; 2 terlampau didulur;

      mendulur menuruti kehendak; mis: ia ~ anaknya membeli pakaian untuk hari raya.

dundang; berdundang
bermain rebana (biasanya diiringi dengan pantun).
dundung, = lundung
malas; mis: budak itu ~ disuruh.
durung
pondok tempat menyimpan padi.
 < 1 2 3