Ditemukan : 102 Record
garumbung
batang (nibung, buluh dll) berongga yang biasanya berisi ikan.
garunggung, = garonggong
sejenis ikan laut, Megalaspis cordyla.
garusuh; menggarusuh
tergopoh-gapah atau tergesa-gesa (dlm melakukan sesuatu).
garut I
sejenis alat untuk memarut (kelapa, ubi dll) pemarut.
garut II; garut-garut
sejenis ikan laut, Pomadasys maculata.
gasa; menggasa
menggosok.
gata
katil jenis lama diperbuat daripada kayu yang mempunyai paningkah dan ruang bawahnya berdinding.
gatang
getang;
bergatang membungkus kepala pengantin dengan kain putih yang beirisi bunga-bungaan sebelum berinai;
bunga gatang bunga-bungaan (biasanya bunga melur) yang digunakan semasa bergatang.
gauk
suka melakukan sesuatu yang dilarang spt mengganggu (biasanya kanak-kanak).
gawah; gawah-gawah
bercakap dengan suara yang parau lagi kuat.
gayal
tidak mahu membesar (tumbuh-tumbuhan, binatang, manusia), kerdil.
giak
kayu lengkung yang mendekap pada bahagian dalam lunas perahu.
gigiran
mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dengan tidak disengaja kerana terperanjat, latah.
gigis; menggigis
menanda dengan cara menggores.
gili; menggili
menggelek.
gilir
1 satu cara mempertajam (parang, pisau dll) dengan menggunakan batu halus; 2 satu cara perubatan dengan menggunakan lada sulah atau kacip yang digelek pada hujung atau celah jari (kaki dan tangan).
gimbar; bergimbar
berganding;
gimbaran 1 makhluk halus yang dipercayai berdampingan dengan seseorang yang memiliki ilmu sihir; 2 makhluk yang dipercayai lahir bersama-sama anak damit; mis: ~ ular.
ginar
sejenis alat perhiasan wanita yang diperbuat daripada emas dan dipakai di leher.
ginis
rupa dan tingkah laku yang menarik perhatian.
giri I; menggiri
mengusik dengan tujuan untuk memikat (biasanya kapada wanita).
|