Ditemukan : 102 Record
giri II; giri-giri ati
kemahuan yang tinggi untuk memiliki atau mendapatkan sesuatu.
gisu; gisu- gisu, = kisas-kisas
duduk yang terkesot-kesot (kerana tabiat, tidak selesa dll).
giuk
ulat.
gucuh
sejenis alat untuk melumatkan sirih pinang (biasanya diperbuat daripada tembaga), gobek.
gulaian
sayur.
gulambir; bergulambir
bergelambir;
bunga gulambir ayam sejenis tumbuhan (pokok);
gulambir ayam daging lendir yang terayun-ayun pada leher ayam.
gulimaran
bertukar kulit (manusia) spt terkopak disebabkan oleh panas matahari akibat terlalu lama berjemur.
gulingtangan, = gulintangan
1 sejenis orkes yang terdiri daripada beberapa jenis alat bunyi-bunyian (gong, canang, tawak-tawak, gandang labik dan gulingtangan); 2 sejenis alat muzik tradisional Brunei yang terdiri daripada beberapa biji gong kecil (delapan biji) yang disusun di atas tali (rotan) yang direntang pada suatu kedudukan.
gumanta
riuh, bising.
gundah
bergerak-gerak (ketika duduk, tidur dll).
gunta; menggunta
bergerak-gerak sekuat-kuatnya untuk melepaskan diri (dari ikatan, pegangan dll), meronta.
guntung; berguntung
tidak terus-menerus, ada jarak atau ada antaranya, berselang.
gurayang; bergurayangan
berkeliaran ke sana sini.
gurinding
sejenis alat muzik tradisional Brunei yang diperbuat daripada bangkala dan bunyinya terbit dari salun lidahnya apabila hujungnya dipetik.
gurimbing; gurimbing bukit
bahagian bukit yang curam dan sukar didaki.
guring; berguring
bergolek, terjatuh;
guring-guring 1 terbentang (benda yang boleh bergolek); 2 ki berbaring (orang);
guring-limpang rebah bangun;
guring-limpang bekaraja ki bertungkus lumus (berkerja);
guring-limpang makan ki perbuatan (makan, minum dll) yang tidak diselesaikan pada satu waktu dan dilakukan berulang-ulang di merata tempat.
gurinsing → garinsing.
guris
sejenis jampi untuk mengawal keliling kawasan (rumah dll).
gurit
sejenis alat (besi) untuk mengesan kunau.
guritik → garitik.
|