Ditemukan : 266 Record
kaduit
sejenis tumbuhan (pokok jalar), Lagenaria sp.
kahang
sejenis tempayan yang diperbuat daripada tanah liat.
kair; mengair
1 mengambit pengayuh ke samping untuk menggerakkan perahu, lwn uwit; 2 mengumpulkan (beras dll) ke arah diri sendiri.
kait I
berpusing-pusing (kikik) kerana teraju bahagian atas terlampau singkat, lwn tanai.
kait II, = kait-kait
kayu (buluh dll) yang hujungnya bercangkul;
kait-kait tersangkut pada (dinding, tiang dll);
pengait pengayau (satu tradisi dalam masyarakat Iban zaman dahulu).
kait III; kait-kait
sejenis tumbuhan (pokok), Polyalthia rumphii.
kaitul
tolol.
kajam
kejam, pejam;
kajam kisap 1 seketika terbuka seketika tertutup (mata); 2 seketika terang seketika gelap (cahaya lampu);
kajam mata, = berkajam mata ki melakukan sesuatu setelah bulat fikiran.
kajar; kajar-kajar
terketar-ketar (kerana kesejukan, ketakutan dll).
kajat
nama tarian orang Iban.
kaka
1 panggilan bagi saudara kandung yang lebih tua sama ada lelaki atau perempuan, kakak; 2 panggilan umum kepada orang yang lebih tua.
kakai; mengakai
1 mencakar; 2 mengurut;
berkakai ki bertungkus lumus untuk mendapatkan sesuatu;
kakai-kakai tergopoh-gapah melakukan sesuatu.
kakap I; berkakap
1 bk berjalan-jalan atau bertandang pada waktu malam tanpa tujuan tertentu; 2 ki berusaha siang dan malam untuk mendapatkan sara hidup.
kakap II; mengakap
melekat (ikan dll) pada dasar (laut dll).
kakara
sejenis kuih kering.
kakas; mengakas
mencari, menyelongkar (barang).
kakau
keadaan anggota badan yang tidak boleh bergerak sepenuhnya (tidak pulih) disebabkan oleh sesuatu penyakit.
kakuhung → kuhung.
kalabutan
sj sotong, Sepiitae sp.
kalajiau
sejenis burung, Copsychus saularis roblematicus;
kalajiau batu sejenis burung, Copsychus malabaricus sauvis.
|