Ditemukan : 266 Record
kihip
sejenis kain (biasanya untuk pakaian basahan).
kikik
sejenis permainan tradisional Brunei (yang diperbuat daripada kertas, temiang dll) yang dapat diterbangkan dengan tali, layang-layang;
kikik bilis, = kikik lasik, = kikik pasik sejenis layang-layang yang tidak berpaut dan aluknya tidak berkelok;
kikik ikung siar sejenis layang-layang yang berpaut dan bekelok aluknya dan berekor;
kiki indangan, = kikik kaban, = kikik lipat, = kikik likup sejenis layang-layang yang tidak berpanah-panah.
kikik jalama sejenis layang-layang yang berpaut dan berkelok aluknya dan berbentuk spt orang;
kikik jangkang sejenis layang-layang yg bepaut dan aluknya tidak berkelok.
kiking
1 sejenis burung, Psittacula longicauda; 2 sejenis burung, Psittacula alexandri.
kikit
lg ticket, tiket.
kikuk
sejenis kera, Sp unid.
kilala; terkilala
kenal;
mengilala mengenal pasti sesuatu (orang, barang dll).
kilar I; main kilar
sejenis permainan terup.
kilar II
terpedaya.
kima I
sejenis kerang-kerangan laut, Chama gigas.
kima II
kep pukima.
kimih → cimih.
kingkin
cincin;
makanan kingkin, = makanan cincin sejenis kuih kering.
kipat; mengipat
bergerak-gerak (biasanya ke kiri dan ke kanan) spt ekor atau bendera.
kipus; kipus-kipus → kapus-kapus.
kiarai I
bulu di atas kelopak mata (di bahagian bawah dahi), kening.
kirai II; kirai daun
daun nipah yang dianit dan dikeringkan untuk dijadikan penggulung tembakau;
kirai karatas ketars rokok.
kuyut; menguyut
1 menyebabkan terganggu untuk melakukan sesuatu (kerana menggendong anak dll); 2 mengangkat (perahu dll) dengan menggunakan kelat atau kalang ke sedaian; 3 mendukung (anak) dengan kain penggendong;
kuyutan, = penguyut 1 buaian daripada kain sarung (untuk anak damit); 2 alat untuk menguyut (perahu dll).
kuyuk
anjing.
kirang; kirang-kirang
1 sejenis ikan laut, Pellona dussumieri; 2 sejenis ikan laut, Engraulis dussumieri.
kirik; berkirik
1 berdiri bulu roma (kerana ngeri, jijik dll); 2 berusaha sekuat tenaga untuk melepaskan diri daripada pegangan (ikatan dll).
|