Selasa, 25 Agustus 2026   |   Arbia', 11 Rab. Awal 1448 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 9.387
Kemarin : 29.971
Minggu kemarin : 178.006
Bulan kemarin : 11.454.048
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 266 Record
‹ First  < 9 10 11 12 13 >  Last ›
kuhung, = kakuhung
1 papan panjang yang berbentuk kotak dipasang sbg tutup tiang atai siling; 2 ruang di bahagian caruk dan buritan (pada perahu yang berburis).
kuhup; berkuhup
1 menyelimuti badan dengan kain dll; 2 ki berkurung dlm bilik atau rumah sahaja.
kuil
alat seperti sudu (daripada kayu keras) untuk mencedok dan memasukkan makanan ke mulut anak damit.
kuit

tempurung betina yang ditebuk di bahagian tengah dan digunakan dlm main kuit;

         main kuit sejenis permainan tradisional Brunei dengan menggunakan kuit.

kujang; kujang-kujang
tidak bertentuan (berlari) kerana terkejut dll.
kuju; kuju-kuju, = kujuh-kujuh
tergopoh-gapah melakukan sesuatu (pekerjaan dll).
kujuh → kuju.
kukoi
sl panggilan kecemasan (biasanya dengan memukul canang, tabuh dll).
kukul; kukul-kukul
perihal batuk keras yang bertalu-talu.
kukur I; kukuran
parutan.
kukur II; mengukur

mencukur rambut dll dengan pisau cukur;

         pisau pengukur pisau untuk mencukur.

kukut I ; mengukut

mengorek dan mengikis isi buah-buahan (sikoi dll) dengan menggunakan sudu dll;

         kukutan isi buah-buahan yang sudah dikukut;

         pengukut 1 alat untuk mengukut; 2 ki orang yang suka mengikis wang (harta) orang lain.

kukur III; mengukur
memanggil ayam dengan mengeluarkan bunyi kur.
kukut II; mengukut
menggaru-garu dengan keras pada kepala (badan dll).
kukut III; berkukut
bunyi ayam betina (biasanya ketika mengerami, memanggil anak untuk memberi makan).
kulabak; terkulabak
terkopak atau terkopek kulit (buah-buahan, kayu dll).
kuladas; terkuladas
terkelupas (kulit badan).
kulang; kulang-kulang → sapak II.
kulapis I
sejenis ikan laut, Sp unid.
Kulapis II
nama sebuah kampung di Daerah Brunei dan Muara.
‹ First  < 9 10 11 12 13 >  Last ›