Ditemukan : 186 Record
sapat
sejenis ikan iar tawar, Sp unid;
sapat padi sejenis ikan air tawar, Trichogaster pectoralis.
sapatir
sejenis tumbuhan (pokok), Sindora corriacea;
sapatir baduri sejenis tumbuhan (pokok), Sindora beccariana;
sapatir paya sejenis tumbuhan (pokok), Copaifera palustris.
sapihi
sejenis ikan laut, Drepane punctata.
sapul; menyapul
membantu meleraikan sesuatu (kebakaran, perkelahian).
sarah I
serah.
sarah II
sejenis peti yang diperbuat daripada kayu.
sarakat; menyarakat
menguar-nguar nasi yang sedang mendidih.
sarang; sarang-sarang
rangka tudung saji.
saraung, = siraung
sejenis alat untuk menutup kepala, topi;
saruang bini, = siruang bini topi yang diperbuat daripada pucuk nipah yang biasanya dipakai oleh kaum padian;
saraung laki topi nelayan yang diperbuat daripada rotan atau buluh.
sarbang I
sejenis alat perhiasan pengantin yang diperbuat daripada emas atau perak dipakai pada dahi.
sungkit III; bersungkit
sudah dimasukkan benih cacar dalam tubuh (untuk mencegah penyakit cacar), bercungkil.
sarbang II; ragi sarbang
corak yang terdapat pada kikik; mis: ~ ~ setampik; ~ ~ dua, ~ ~ di bawah.
sarukup
sejenis alat untuk menangkap ikan (burung dll);
menyarukup 1 menangkap dengan menggunakan sarukup; 2 menudungi sesuatu; 3 keadaan kepala tertutup dengan sesuatu (tudung dll) hingga melebihi paras dahi.
sarunai I
serunai.
sarunai II
sejenis tumbuhan (pokok), Schoutenia glomerata.
sarunai bukit sejenis tumbuhan (pokok), Schoutenia accrescens.
sarung; kesarungan
dirasuk hantu.
sarungan
sejenis tumbuhan (pokok), Cratoxylon cochichinense.
sarusup
sejenis tumbuhan (pokok), Ardisia sp.
sarut
serak suara kerana terlalu banyak berteriak.
sasaban
1 potongan kayu yang digunakan untuk alas memotong-motong (ikan, daging dll). Landas cencang; 2 kiasan sesuatu yang dijadikan alasan atau sebab; mis: hujan lebat jangan dijadikan ~ untuk tidak hadir ke sekolah.
|