Ditemukan : 186 Record
sisi; menyisi
1 mengupas kulit (binatang, kayu); 2 mengerat atau mengiris daging untuk memisahkan daripada tulang (urat dan lemak).
sisir → rapat.
siuk
seronok.
siut
sejenis alat untuk menyauk (udang, ikan dll).
siwal
soal.
suak
tanah rendah yang terletak di kaki bukit;
suak-suak mencurah-curah (air, darah dll).
subuk; menyubuk
1 melihat atau menjenguk melalui lubang atau celah-celah (daun, tabir dll); 2 menilik untuk mengesan barang yang hilang ( biasanya dengan menggunakan cermin muka, dian dan beras);
kesubukan ketara pada penglihatan umum.
suduk; tersuduk
rebah membongkok dengan muka terkerana pada (tanah, lantai dll), tersungkur;
kesuduk-sudukan rasa sakit yang menyucuk-nyucuk pada perut ketika atau selepas berlari.
suga; suga-suga
tiang yang menahan tulang bumbung rumah.
suja
kain yang dijahit pada bahagian tepi badan baju bermula dari bawah tangan hingga ke kaki baju (pada baju kurung atau baju Melayu).
sukang I, = durian sukang
sejenis tumbuhan (pokok), Durio oxleyanus.
sukang II
nama sebuah kampung dan mukim di Daerah Belait.
sukut
sesuatu (biasanya orang tertentu, saat yang baik) yang dijadikan sempena untuk memulakan pekerjaan.
sulai
tiang yang dipasang condong untuk menyangga sesuatu (supaya jangan rebah dll), sokong.
sulang
1 sejenis bekas daripada tembaga untuk menyimpan air; 2 sejenis bekas daripada tembikar untuk menyimpan minyak kemenyan.
sulap
pondok kecil (biasanya didirikan di ladang, kebun dll) digunakan untuk sementara sahaja.
suling
sejenis bekas daripada tanah liat untuk mendapatkan cairan daripada wap.
sulit
sejenis ikan laut, Caesio cuning;
sulit tanah → mambangan I.
sumah → saumah.
sumbilang
sejenis ikan laut, Paraplotosus albilabris;
sumbilang lumut sejenis ikan laut, Plotosus anguillaries.
|