Ditemukan : 194 Record
tataran
gagang sesuatu alat (siut, sangkap dll).
tataruk
tempat sementara (biasanya didirikan untuk kegunaan suka duka).
tawih
sejenis ikan laut, Alectis indica.
tibadak
sejenis tumbuhan (pokok), cempedak, Artocarpus integer;
tibadak laka sejenis tumbuhan (pokok), Artocarpus sp;
timbadak lutu sejenis tumbuhan (pokok), Artocarpus sp;
timbadak santan sejenis tumbuhan (pokok), Artocarpus sp;
timbadak umang sejenis tumbuhan (pokok), Ficus deltoidea.
tibak; menibak
menetak atau mengerat serong (buah, kayu dll).
tidur; bertiduran
sedang tidur (dalam bilangan ramai).
tikal
cecair pekat kerana banyak mengandung gula.
tikar; tikar-tikar, = katikar
sejenis burung, Rallus striatus striatus.
tikuan
sejenis cerek dari tembikar dll, teko.
tikus; tikus-tikusan
sejenis penyakit (keluar darah dari hidung).
tilampung
sesuatu yang ringan dan terapung (untuk menimbulkan pancing atau orang supaya tidak tenggelam), pelampung.
timbaran
sejenis tumbuhan (pokok), Artocarpus tamaran;
timbaran lampung sejenis tumbuhan (pokok), Artocarpus sericeicarpus;
tali timbaran sejenis tali diperbuat daripada kulit pokok timbaran.
timpuk; menimpuk
menarik (tali, pukat dll) dalam keadaan kelam-kabut.
timung; kulit timung
kulit kerang-kerangan yang tidak berisi.
tindulang
penutup makanan (daripada pandan dll) supaya jangan terdedah, tudung saji.
tingkah; bertingkah
bertengkar, berkelahi, berselisih faham.
tingkai
1 kain (kain sarung, tabir dll) yang tidak labuh; 2 kayu yang tidak cukup ukuran apabila dikenakan (dipasang).
tingkam
lantak sementara (dengan paku, kayu dll).
tingkasang
sejenis ikan laut, Ambassis gymnocephalus.
tingkur; tingkur-tingkur → katingkur.
|