Ditemukan : 194 Record
tuntum; menuntum
1 minum terus dari botol (teko dll) dengan cara menunggangkannya ke mulut; 2 menembak dari jarak dekat.
tunjung
tidak tegak lurus, condong.
tunjuk II; tunjuk langit
sejenis tumbuhan (pokok), Tarenna costata.
tunjuk I
jari telunjuk.
tunjang
1 pokok yang terdapat di tebing sungai; 2 daun pokok yang hanyut.
tungkus
kain kafan.
tungkul III; tungkul pisang
jantung pisang.
tungkul II
sejenis ikan laut, Sp unid.
tungkul I; menungkul ati
1 perihal perasaan yang pilu; 2 tangisan yang mendalam.
tungkal
takut, ngeri.
tunggul II; tunggul baduk
sejenis ikan laut, Saurida tumbil.
tunggul I
sisa tiang (rumah, jambatan dll) yang masih terpacak.
tungap II
sejenis ikan laut, Ulua mandibularis.
tungap I; menungap
menelan dengan gelojoh; mis: buaya itu ~ mangsanya.
tundun
bahagian leher yang di sebelah belakang, tengkuk.
tuka; tuka-tuka
sejenis ikan laut, Sp unid.
tukung
keadaan kepala perempuan yang hampir-hampir botak disebabkan penyakit;
ayam tukung ayam jantan yang tidak berbalung.
tulah; takut tulah
takut mendapat kecelakaan kerana melawan perintah ibu bapa.
tulus; menulus
mencari untuk mendapatkan sesuatu.
tumal
tidak runcing (kayu dll), tidak tajam (pisau dll).
|