Ditemukan : 5 Record
berniaga, meniaga †
menjual barang sbg satu pekerjaan, berjual beli, berdagang: aku dan Hassan Putih telah mulai ~ kecil-kecilan;
memperniagakan
menjual dan membeli sesuatu (utk mencari keuntungan), memperdagangkan: antara barang yg diperniagakan orang pd masa itu ialah kain, kulit binatang, dan barang-barang permata;
perniagaan
perihal berniaga, perdagangan: penjaga kedai itu menceritakan sambil mengeluh akan kemunduran ~ kedainya;
peniaga
orang yg berniaga, pedagang.
berdambun
berdambin, berdebum, berdegum
berdaya saing
mempunyai daya saing: syarikat-syarikat yg ~.
daya upaya 1. kekuatan, kemampuan, keupayaan, ikhtiar; 2. akal;
sedaya upaya seberapa yg dapat diusahakan, (dgn) segenap akal atau sepenuh ikhtiar;
berdaya upaya = berdaya
berdenging, mendenging, mendenging-denging
berbunyi denging di telinga (sebab percakapan yg pedas-pedas dll): berdenging-denging telinga Pak Haji Samad mendengar sindiran orang-orang muda itu.
berdokar
naik dokar
|