Ditemukan : 610 Record
habluk
belang; kuda ~ kuda belang
hablur
1. benda keras yg hening spt kaca, kristal: lensa ~; mata ~ ki mata yg bersinar-sinar; 2. (Kim) bahan dlm bentuk yg mempunyai susunan atom dalaman yg berulangan secara tetap dan mempunyai muka satah luaran yg tersusun secara tetap;
berhablur mengandungi hablur, berkristal;
menghablur menjadi hablur, mengkristal: air garam akan ~ jika dipanaskan lama-lama;
menghablurkan menjadikan hablur, mengkristalkan: air tebu dihablurkan menjadi gula;
habluran hablur;
penghabluran proses menghablur atau menghablurkan, pembentukan hablur, pengkristalan
h
huruf kelapan abjad Rumi
ha I
1. = ~ kecil = ~ pedas huruf Jawi yg ketujuh (mempunyai nilai 8); 2. = ~ besar = ~ simpul huruf Jawi yg kedua puluh (mempunyai nilai 5)
ha II
1. sr kata utk mengejek atau menyedarkan orang yg mendapat akibat drpd perbuatan yg dilarang (diingatkan dll): ~, rasakan!; ~, itulah tak dengar kata orang!; 2. sr kata utk menyatakan kepuasan atau kelegaan perasaan: ~, dapat juga akhirnya!; ~, itu pun dia datang!
haah
ya (mengiakan kata, keterangan, atau anjuran orang): ~, betul; ~, memang dia yg salah; ~, marilah kita pergi.
hab
bahagian tengah sesuatu roda dll tempat gandar dipasangkan
haba
1. kepanasan hawa, bahang; 2. bentuk tenaga yg dipindahkan melalui pengaliran, perolakan, atau bahangan;
~ pelakuran (Kim) haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal kpd cecair pd takat lebur bahan tersebut tanpa perubahan suhu; ~ pemejalwapan haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal terus kpd wap tanpa melalui keadaan cecair pd suhu dan tekanan tertentu;~ pendam (Fiz) haba yg diperlukan utk mengubah pepejal menjadi cecair atau wap (atau mengubah cecair menjadi wap); ~ pengewapan haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan cecair kpd wap pd takat didih bahan tersebut tanpa perubahan suhu; ~ penghabluran haba yg dibebaskan atau diserap apabila hablur terbentuk drpd larutan tepu sesuatu bahan; ~ tentu (Fiz) kepanasan yg diperlukan utk meninggikan suhu 1 gram sesuatu bahan sebanyak 1°C;
berhaba mempunyai haba;
menghabakan menjadikan berhaba, memanaskan, membahangkan;
penghabaan perihal menghabakan, pemanasan, pembahangan
haba daya gerak
kaji ~ ilmu yg mengkaji hubungan antara haba dan kerja sawat, termodinamik
habelur habelur
sj tumbuhan (pokok renek), embalau (padang), hempedu beruang, Brucea amarissima (sumatrana).
habib
Ar 1. kekasih; 2. panggilan kpd orang yg bergelar sayid.
habibi
Ar kekasihku
habis
1. tidak ada yg tinggal lagi (kerana sudah digunakan, dibuang, dimakan, dimusnahkan, dll): ~ sudah wang simpananku; sisa makanan itu ~ dimakan kucing; barang-barang kemas isterinya ~ digadaikannya; 2. kesemuanya (segalanya, sekaliannya, keseluruhannya): memasak makanan akan menyebabkan kuman pd makanan yg mentah itu ~ mati; kalau aku tidak datang nanti budak-budak ~ pulang; 3. banyak bahagiannya, sebahagian besarnya, hampir keseluruhannya: baju ini ~ dimakan gegat; pondok itu ~ bocor atapnya; 4. digunakan, ditumpukan, dibelanjakan, diperlukan (bkn wang, masa, dll yg digunakan, dibelanjakan, diperlukan, dll utk sesuatu): sepertiga drpd waktu yg ditetapkan ~ utk ucapan pembukaan sahaja; separuh drpd wang gajinya ~ utk membayar hutang; 5. selesai (siap, sudah), berakhir, tamat: sebentar lagi ~(lah) kerjaku ini; pertunjukan pertama sudah ~; 6. paling, (yg) ter...: darjah yg ~ tinggi di sekolah itu ialah darjah sembilan; inilah bangunan yg ~ tinggi dlm bandar ini; 7. jadi (jadinya), kalau begitu (tidak begitu) maka ...: ~, mengapa ia berhenti kerja?; ~, sampai bila kita boleh tahan hidup begini; 8. selepas, setelah, sesudah itu (dlm pertanyaan): ~ makan ia keluar; ~ apa yg terjadi. 9. (apa hendak dikatakan) kerana: ~ selalu diherdik, itulah ia lari;
~ akal bingung (tidak tahu apa yg hendak dilakukan atau dikatakan lagi), putus akal, ~ awak Kl sangat (paling) memuaskan; ~ bulan a) akhir (hujung) bulan (hari gaji); b) awal bulan yg berikut; ~ dibahagi Id dapat dibahagi dgn tidak berbaki; ~ kemelak Kl puas berikhtiar (membuat atau mencari sesuatu); ~ lauk Kl tidak berfaedah (bercakap dgn orang bodoh dll); ~ licin habis sama sekali (segala-galanya); ~ moda a) tidak ada lagi modal yg tinggal b) tidak ada bahan atau idea lagi (utk meneruskan perbincangan dll); ~ perkara sudah selesai (tidak perlu diperkatakan, dibincangkan, disebut-sebut lagi); ~ sut Kl tinggal satu sahaja (bkn barang dagangan dll); ~ tahun a) akhir (hujung) tahun; b) awal tahun yg berikut; ~ teh = ~ or Kl bermati-matian atau bersungguh-sungguh (berusaha dll); ~ tempoh (masa, waktu) sudah berlalu jangka waktu yg ditetapkan (sudah tiba waktunya);
< tak dibasuh orang setelaga air>prb betapa pun diusahakan, perangai jahat susah hendak dihilangkan; ~ manis sepah dibuang prb setelah tidak berguna, disingkirkan, tidak diendahkan lagi, dll; ~ umpan kerong-kerong tak dapat prb usaha yg sia-sia (menyebabkan kerugian);
sehabis 1. sesudah, selepas, sebaik-baik habis: ~ ia berucap para hadirin pun bertepuk tangan; ~ berfikir ia menerima cadangan itu; 2. paling, sangat (kecil, kuat, dll) sekali: gunung yg ~ tinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu; anaknya yg ~ kecil baru berumur dua bulan; menjangkau ~ tangan prb berusaha sedaya upaya;
sehabis-habis 1. hingga tidak tinggal (bersisa) sedikit pun, kesemuanya: jikalau dikhabarkan dgn ~ nescaya murkalah tuan puteri ini gerangannya; berfikir dgn ~nya berfikir dgn mempertimbangkan segala-galanya; 2. sampai ke akhir (ke peringkat tertinggi dll), seboleh-boleh: walaupun dicuba dgn ~ daya dan ikhtiar tetapi tidak berhasil yg dicita-citakan; 3. paling, sehabis: tugas ini ialah yg ~ sulit yg pernah dihadapinya;
habis-habis 1. hingga habis kesemuanya (keseluruhannya dll); cakaplah (katakanlah) ~ cakaplah (katakanlah) segala-galanya (dgn tidak menyembunyikan sedikit pun); berfikir ~ berfikir masak-masak (dgn memperhitungkan segala-galanya); tak ~(nya) tidak putus-putusnya, tidak ada kesudahannya; 2. paling-paling, (yg) sebanyak-banyaknya (sebesar-besarnya dsb): orang-orang tua apa boleh dibuat mereka, ~ mereka meratap, ~ mereka memaki-maki; memakan ~ menyorok hilang-hilang prb merahsiakan sesuatu biarlah sampai tidak diketahui orang sedikit pun;
berhabis = ~ wang banyak membelanjakan wang dgn sia-sia (membazir), mengeluarkan wang (dgn banyaknya) sehingga kesempitan: biar aku ~, biar aku papa, asalkan hati aku puas, asalkan aku tidak malu; ~ tenaga (waktu) membuang-buang tenaga (waktu);
habis-habisan, berhabis-habisan 1. hingga habis (terkorban dsb) semuanya, dgn sepenuh kemampuan (tenaga, kesungguhan, dll), mati-matian: mereka bersumpah akan berjuang ~ mempertahankan negara; nampaknya mereka bertaruh ~ di atas papan catur; 2. terlalu sangat, dgn tidak bersekat (berbatas): dimaki ~;
menghabisi 1. mengakhiri, menamatkan: tuan Imam ~ upacara itu dgn doa selamat; 2. menghapuskan, menghilangkan: habisilah perasaan itu abang, jangan diperkesankan di muka orang banyak; 3. menamatkan riwayat, membunuh: seorang leftenan muda mengancam mahu ~ orang tangkapan itu; ~ nyawanya membunuh diri;
menghabiskan 1. menggunakan (memakan, membelanjakan, dll) hingga habis, membuang-buang (masa, tenaga, dll): sebahagian drpd wang gajinya dihabiskan utk membiayai pelajaran anak-anaknya; Bujal ~ masa lapangnya dgn berkunjung ke rumah kawan-kawannya; ~ umur membuang-buang masa (kerana melakukan sesuatu yg tidak baik atau sia-sia); 2. menyudahkan, menyiapkan, menyelesaikan: dia pergi ~ kerjanya yg terbengkalai; 3./b> menamatkan, mengakhiri; ~ ceritanya (cakapnya menamatkan ceritanya (cakapnya); 4. menghabisi, membunuh: kekanda berjanji dgn keris ini akan ~ siapa sahaja yg cuba mengganggu adinda;
terhabiskan; tiada (tidak) ~ tidak dapat dihabiskan: Hanuman pun makan nasi itu dgn berapa budi bicaranya hendak menghabiskan nasi itu tiada ~;
kehabisan mengalami kesulitan kerana sesuatu (yg diperlukan) telah habis (dgn tidak disedari, di luar dugaan), tidak lagi mempunyai (wang dll, kerana sudah dibelanjakan, digunakan, dsb semuanya), ketiadaan sesuatu (kerana telah habis): belum hujung bulan dia telah ~ wang; dgn gerak yg lemah spt orang ~ tenaga ia berjalan perlahan-lahan menuju sebuah jendela; keretanya ~ minyak di tengah jalan; ~ modall tidak tahu apa yg hendak dikatakan lagi (dlm perbualan, perbincangan, dll);
penghabisan 1. kesudahan, akhir: ~nya tiada siapa pun yg berjaya; 2. yg terkemudian sekali, akhir: sampailah hari ~ bulan puasa, esoknya sudah berhari raya; dialah yg ~ keluar dr rumah itu; 3. hujung: ~ jalan ini di tepi laut.
habitat (Bio)
tempat haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup secara semula jadi: ada perbezaan-perbezaan kecil pd rangka kejadian berjenis-jenis burung supaya masing-masing dapat sesuai dgn ~ dan kebiasaan-kebiasaan yg berlainan; ~ semula jadi habitat asli (bukan buatan manusia); ~ tiruan habitat yg dibuat (disediakan) oleh manusia utk menempatkan hidupan-hidupan tertentu bersesuaian dgn habitat semula jadinya.
habsyi
1. orang atau bangsa Habsyah; 2. Habsyah, Abessinia, Ethiopia
habuan
1. bahagian (wang, makanan, dll) yg diuntukkan kpd seseorang, hak: yg baik itu ~ dialah; seorang pegawai sedang membahagi-bahagikan ~ kpd tiap-tiap seorang anak kapal; 2. peluang (utk memperoleh sesuatu yg menguntungkan), rezeki: kalau ada ~, tahun hadapan saya akan pergi ke luar negeri; ~ perut makanan (rezeki); 3. bp nasib, takdir, untung: memang sudah ~ dia, kita tidak dapat berbuat apa-apa lagi.
habuk
benda halus kering macam serbuk yg terdapat pd permukaan bumi, pd permukaan objek, atau berterbangan ditiup angin; ~ gergaji zarah-zarah halus kayu yg terhasil semasa kayu digergaji;
berhabuk 1. dipenuhi habuk, berdebu: meja tulisnya ~ kerana tidak pernah disapu; 2. bp, ki beria-ia mengatakan itu dan ini (membuat cadangan dsb) tetapi hanya cakap kosong: cakapnya ~ tetapi kerjanya tidak ada satu pun yg nampak hasilnya; 3. bp fasih (bertutur dlm sesuatu bahasa asing);
kehabukan dipenuhi habuk, berhabuk, berdebu
habur †; menghabur
membuang-buang (wang): ~ dan boros itu adalah perbuatan sia-sia yg dilarang; ® hambur I
hacur (Geog)
garis-garis pd peta bagi menunjukkan lereng gunung
had
1. batas, perenggan: kesabaran manusia ada ~nya; ~ laju batas laju (kelajuan maksimum yg dibolehkan atau dibenarkan); 2. hingga (sampai) ke, setakat: boleh masuk ~ serambi sahaja; kain disingsingnya ~ lutut; ~ itulah yg terbaca oleh saya;
berhad berbatas, berhingga: kekuasaan Tuhan tidak ~; syarikat ~ syarikat yg tanggungannya terbatas kpd modal dan hartanya sahaja (tidak meliputi harta peribadi pemiliknya atau pemegang sahamnya);
mengehadkan 1. menentukan hadnya (banyaknya, luasnya, perenggannya, dll), membatasi: kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd 100 orang sahaja; percubaan ini dijalankan di dlm tempat yg dihadkan bekalan udaranya; 2. mengkhususkan, menguntukkan: seorang pekedai akan ~ jualan hutang kpd pelanggan-pelanggannya sahaja; ahli ekonomi kurun ke-19 mahu ~ tugas kerajaan kpd hal menjaga undang-undang dan keamanan negeri sahaja;
terhad 1. ditentukan batas atau perenggannya, terbatas: kebebasan bekas tahanan itu ~ di dlm daerahnya sahaja; 2. khusus (utk): faedah drpd keuntungan syarikat kerjasama ~ utk ahli-ahlinya;
keterhadan perihal (keadaan) terhad, keterbatasan: ~ dan kelemahan manusia;
pengehadan perihal mengehadkan, pembatasan: perintah ~ kediaman.
|