Kamis, 27 November 2025   |   Jum'ah, 6 Jum. Akhir 1447 H
Pengunjung Online : 5.277
Hari ini : 97.592
Kemarin : 184.355
Minggu kemarin : 2.392.401
Bulan kemarin : 11.308.505
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1135 Record
 1 2 3 >  Last ›
j
huruf kesepuluh abjad Rumi
j.M.N.
kep Johan Mangku Negara, pingat kehormatan yg dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong (lebih tinggi drpd A.M.N). 
j.O.A
kep Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
j.P.

kep Jaksa Pendamai

j.S.M.

kep Johan Setia Mahkota

j/K
kep Jawatankuasa
jaat

(Sunda) † sj kacang panjang, Psophocarpus tetragonolobus

jab
Jh tetap (hati, fikiran, dll), pasti: ~ hati
jabal I

Ar gunung, bukit: ~ Kaf; ~ Uhud;  

menjabal † kelihatan besar spt gunung

jabal II Jk; menjabal

merebut (milik orang), merampas, menyamun;  

penjabalan perampasan, perebutan, penyamunan

jabang I
kayu bercabang yg digunakan utk meletakkan meriam, cagak
jabang II
Mn † jambang
jabang III

~ bayi Jw kanak-kanak yg baru lahir, bayi 

jabar I
Ar maha berkuasa (biasanya digunakan utk menunjukkan kebesaran Tuhan, raja, dll): Khalik-al ~; Malik-al ~. 
jabar II

Ar nama yg digunakan utk gugusan bintang belantik, bintang tiga beradik (Orion)

jabar III; menjabarkan
penjabaran perihal (perbuatan) menjabarkan
jabat tangan; berjabat tangan

memegang (menggenggam) tangan (satu sama lain) sambil menggoncang-goncangnya (sewaktu berjumpa, diperkenalkan, dll) sbg tanda kemesraan, (saling) bersalaman: setelah ~ dgn sekalian yg hadir barulah dia duduk;  

menjabat tangan berjabat tangan (dgn seseorang),bersalaman: dia ~ kami semua sebelum masuk ke dlm rumah.  

jabat; sejabat

sepekerjaan: teman ~;  

berjabat = berjabat tangan;  

menjabat 1.= menjabat tangan memegang; 2. Id memegang sesuatu pekerjaan, menjawat: Ali ~ pekerjaan itu selama dua tahun;  

jabatan 1. bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus tugas-tugas tertentu: J~ Perhutanan; J~ Pengajian Melayu di Universiti Malaya; 2. Id kedudukan rasmi (dlm pemerintahan, pentadbiran, organisasi, dll) jawatan: menteri itu telah meletakkan ~nya; 3. Id tugas (dlm ilmu kaji hayat, tatabahasa, dan ilmu hisab), fungsi: imbuhan mempunyai ~ tertentu dlm tatabahasa;  

berjabatan Id mempunyai (memegang) jawatan, berjawatan;  

penjabatan jabatan;  

penjabat Id 1. pegawai dll yg memegang sesuatu jawatan, pemegang jawatan; 2. orang yg mengerjakan pekerjaan (atau memegang jawatan) orang lain buat sementara, pemangku (sesuatu jawatan);  

pejabat 1. bangunan (ruang, bilik, dsb) tempat bekerja atau tempat diselenggarakan pelbagai urusan: ~ syarikat itu di tingkat tiga bangunan tersebut; ~ pos; budak ~ penyelenggara pejabat, peon; ibu ~ pusat pentadbiran (kerajaan, perusahaan, pertubuhan, dll); 2. Id jabatan; 3. Id pegawai kerajaan yg memegang jawatan penting, pemegang jawatan, penjabat.  

jabil
Pr pundi-pundi, uncang, undil (dibuat drpd kain atau mengkuang)
jabing

telinga ~ telinga yg besar;  

menjabing menarik telinga

 1 2 3 >  Last ›