1. pening kepala (hilang ingatan, tidak sedarkan diri, dsb) kerana meminum minuman keras atau makan gadung dsb: Ali dimarahi isterinya kerana pulang ke rumah dlm keadaan ~; 2. ki sangat suka (gemar) akan sesuatu ... terlalu sangat asyik (berahi): maka Tuanku Malim Dewana pun asyik dan ~lah melihat permainan ayahnya itu;
~ agak-agak (kira-kira) suka duduk berangan-angan sahaja (satu kerja pun tidak dibuatnya); ~ andan tergila-gila kerana hendak kahwin;
~ asmara (berahi, cendawan, cinta) hilang akal atau spt gila (kerana jatuh cinta dll); ~ bunga raya mabuk dgn muka berwarna merah;
~ bunga selasih terlalu mabuk (hingga tidak dapat berdiri dgn tegak);
~ darah a) pening kepala kerana melihat darah; b) pengsan kerana banyak kehilangan (keluar) darah; c) mengamuk setelah melihat darah; d) suka menumpahkan darah orang;
~ gunung berasa pening kerana udara agak tipis (di tempat-tempat yg tinggi, pergunungan, dll);
~ kecubung a) pening kepala kerana memakan biji kecubung; b) ki sangat berahi sehingga lupa akan hal-hal lain;
~ kepayang (kesmaran) fikiran terganggu (seakan-akan gila) sebab jatuh cinta dll;
~ laut (ombak) pening dan muntah-muntah dlm pelayaran (dgn kapal atau perahu); ~ tahi telinga menjadi bingung kerana mendengar bermacam-macam percakapan orang;
~ udara pening kerana naik kapal terbang;
~ di enggang lalu prb tertarik hati kpd orang yg tidak dikenali; spt orang ~ gadung prb sangat pucat;
dimabuk
diganggu atau terganggu oleh sesuatu (fikiran dll): kerana telah banyak sangat ~ asmara, pekerjaan Mansor mulai kelihatan mundur;
~ angan-angan gelisah hati (kerana sangat memikirkan sesuatu dll);
~ bayang-bayang mengalami cinta yg tidak berbalas;
~ nasib berasa sangat sedih kerana memikirkan nasibnya;
dimabuki
diganggu oleh: selama tujuh tahun darwis itu ~ sakit cinta;
memabukkan
menjadikan (menyebabkan) mabuk: minuman yg ~;
kemabukan
sedang mabuk, dlm keadaan mabuk: dia sudah spt orang yg benar-benar ~, tidak peduli apa di hadapannya;
pemabukan
proses menjadi mabuk: bahaya ~ akibat arak atau dadah;
pemabuk
(orang yg) selalu mabuk.
M.A.
M.B.
M.B.A.
M.B.A.D.
M.B.A.L.
M.B.A.U.
M.C.A.
M.C.S.
M.I.C.
M.L.H.
M.P.I.K.
M.P.S.I.
M.T.C.
M.U.