Ditemukan : 1433 Record
cabai I
sj buah yg berasa pedas (digunakan dlm masakan), cili, lada, Capsicum spp.;
~ acung = ~ seberang = ~ selasih sj tumbuhan (herba), lada merah, lada cancang, lada gedang, Capsicum annuum; ~ burung = ~ melaka = ~ rawit sj tumbuhan (herba yg buahnya kecil-kecil dan pedas rasanya), lada api (burung, cina, kecil, kerawit, ketek), cili padi, Capsicum frutescens;
kecil-kecil ~ melaka = kecil-kecil ~ rawit prb sungguhpun kecil, tetapi garang (berani); siapa makan ~ dialah berasa pedas prb siapa yg bersalah dialah yg berasa tersindir (siapa yg berbuat salah dialah yg menanggung akibatnya);
kecabaian berasa panas atau pijar pd tempat yg kena cabai; spt orang ~ prb tidak tentu hala rupanya (tidak boleh diam, gelisah sangat, dsb.)
c.I.D.
kep Criminal Investigation Department (Jabatan Siasatan Jenayah)
ca
huruf keenam abjad Jawi
cabai II
sj tumbuhan (pokok memanjat), Piper longum;
~ hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kalung, Piper lanatum; ~ jawa (alas panjang, sulah) sj tumbuhan (pokok memanjat yg buahnya pedas), lada panjang, Piper retrofractum.
cabai III
burung ~ sj burung kecil yg berkepala merah.
cabak I
sj burung (spt burung layang-layang) yg terbang pd malam hari sahaja.
cabak II
koyak yg luas (besar); → cabik I.
cabang I
1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan pengetahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas;
~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol;
bercabang 1. mempunyai cabang, tumbuh cabangnya: pokok pinang memang tidak ~; 2. berpecah kpd bahagian (kumpulan dsb) kecil: jalan itu ~ tiga; satu kumpulan ~ ke haluan lain utk memulakan kajian perbandingan; 3. berbelah bahagi (fikiran, ingatan, dsb): ~ hatinya (fikirannya, ingatannya); lidah ~ tiada boleh dipercayai apa katanya;
bercabang-cabang, cabang-bercabang 1. tumbuh banyak cabang; 2. berpecah kpd banyak bahagian kecil; 3. berdolak-dalik:membuat kenyataan yg ~;
mencabangkan (bkn pokok) menjadikan bercabang atau tumbuh cabangnya dgn melekapkan benih pd pohon atau mencantum;
mempercabangkan menjadikan bercabang(-cabang);
percabangan 1. perihal bercabang atau tumbuh cabangnya; 2. tempat yg bercabang (jalan, sungai, dsb), persimpangan: ~ jalan.
cabang II
~ tiga = akar tiga ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), mentimun dendang, timun dendang lonjong, Trichosanthes celebica; akar ~ lima sj tumbuhan (pokok memanjat), akar papan, kangkung gajah, Vitis lanceolaria; akar ~ tujuh sj tumbuhan (pokok memanjat), akar carik biawak, akar kayah asam, Vitis polystachya.
cabar I
= ~ hati tawar hati, takut, penakut: ~nya segala orang muda-muda ini;
mencabar 1. menyatakan keraguan akan kesahan atau kebenaran sesuatu, mempersoalkan, mempertikaikan: keputusan mahkamah itu diakui sah dan muktamad dan tidak boleh dicabar oleh badan-badan lain; 2. mengajak berlawan (bertanding, berkelahi), menentang, menyuruh melakukan sesuatu kalau berani: beliau seterusnya ~ puak pembangkang supaya membawa perkara itu ke mahkamah; dia ~ saya bertinju dengannya; 3. menguji kemampuan dan ketabahan seseorang dll (bkn pekerjaan, tugas, usaha, dsb): pekerjaan itu sungguh ~; peranan DBP menjadi lebih ~ lagi;
mencabarkan menawarkan hati, menghilangkan keberanian, menjadikan takut;
tercabar kena cabar (dipersoalkan): dia tidak rela kelelakiannya ~;
cabaran 1. perihal mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan); 2. ajakan (utk berlawan dsb); 3. sesuatu (unsur, faktor, dsb) yg mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll): pekerjaan yg penuh dgn ~;
kecabaran ketawaran hati, ketakutan;
pencabar orang (pihak, golongan, dsb) yg mencabar: ~ juara dunia, Anatoly Karpov, berjaya menyamakan kedudukan lapan mata; ~ kpd golongan elit ini menuduh mereka menjual kepentingan kumpulan etnik mereka kpd kumpulan etnik lain.
cabar II
Mn 1. kurang hati-hati, kurang ingat-ingat, lalai; 2. kurang hemat, boros.
cabaran
ajakan (utk berlawan dsb); 3. sesuatu (unsur, factor, dsb) yg mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll): pekerjaan yg penuh dgn ~;
cabau
cabik I
1. koyak, carik (pd kain dsb); cobak-~ koyak-koyak, robek, sobek; 2. penjodoh bilangan utk sesuatu yg dikoyakkan, helai: se~ kain;
cabik-cabik koyak-koyak, robek, sobek;
mencabik mengoyak, mencarik, menyobek;
mencabik-cabik mengoyak-ngoyak, mencarik-carik, menyobek-nyobek;
mencabikkan mengoyakkan, mencarikkan, menyobekkan;
mencabik-cabikkan mengoyak-ngoyakkan, mencarik-carikkan, menyobek-nyobekkan;
cabikan carikan, koyakan, sobekan;
pencabikan perihal atau perbuatan mencabik(kan); cabit.
cabik II
~ hantu sj tumbuhan (pokok), akar belalang puak, Pittosporum ferrugineum.
cabir
koyak panjang;
bercabiran cabir di sana sini, koyak-koyak panjang: seluar dan baju kertasnya itu ~ diterbangkan oleh angin; → cobar
cabit → cabik I
cabo
Jk jalang, sundal.
cabuh
Mn rusuh, huru-hara, heboh, kacau; → cabur I.
cabuk I
sj penyakit, pekung.
|