Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.800
Hari ini : 21.977
Kemarin : 35.104
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 66 Record
 1 2 3 >  Last ›
z

huruf ke-26 abjad Rumawi.

za

huruf ke-18 abjad Jawi.

zabad

Ar jebat.

zabah

Ar sembelih, menyembelih; debah.

zabarjad

Ar sj batu berhablur yg dipakai sbg permata.

Zabaniah

Ar malaikat yg menjaga neraka (menyorongkan orang ke dlm neraka).

zabib

Ar buah anggur kering, kismis.

Zabur

 = Al ~ = Kitab ~

kitab suci yg diturunkan oleh Allah kpd Nabi Daud.
zadah

; haram ~

anak yg dilahirkan di luar nikah, anak haram; —> jadah.

zahid

Ar soleh hidupnya, tidak menghairankan atau mementingkan hal keduniaan, pertapa; jahid, zuhud.

zahir
—> lahir.
zai

huruf ke-12 abjad Jawi (bernilai 7).

zait, zaitun

sj tumbuhan (pokok yg buahnya dibuat minyak), Olea europaea.

zakar

Ar kemaluan laki-laki, pelir; buah ~ buah pelir; anak buah ~ saluran panjang yg bergulung-gulung pd permukaan belakang buah zakar tempat spermatozoa disimpan.

zakat

Ar rukun Islam yg keempat yg mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian drpd hartanya kpd orang yg berhak menerimanya (spt fakir miskin), mengikut syarat-syarat yg ditentukan; ~ fitrah = ~ badan zakat yg wajib dibayar oleh tiap-tiap orang Islam setahun sekali (pd bulan Ramadan sehingga sebelum sembahyang Hari Raya Puasa);

berzakat

membayar (memberi) zakat;

menzakatkan

mengeluarkan zakat bagi (harta dsb): ~ hartanya.
zakiah

Ar bersih, murni, suci.

zal

huruf kesepuluh abjad Jawi.

zalim

tidak berperikemanusiaan, tidak adil, bengis, kejam: raja adil raja disembah, raja ~ raja disanggah;

menzalimi, menzalimkan

berbuat sewenang-wenang (kpd), menganiaya, menindas: suaminya benar-benar ~nya;

terzalim

dizalimi: umat Islam yg teraniaya dan ~;

kezaliman

perihal (keadaan) zalim, perbuatan yg tidak adil, kebengisan: kekejaman dan ~ itu sebenarnya tidak ada jika tidak manusia sendiri mengadakannya;

penzaliman

perbuatan menzalimi; lalim.

zaman

1. jangka masa (sama ada panjang atau pendek), tempoh atau jangka masa tertentu (yg ada sesuatu keistimewaannya atau pertaliannya), masa: ~ pemerintahan British di Malaya; akhir ~ penghabisan masa kehidupan manusia di dunia ini; ketinggalan ~ sudah tidak sesuai lagi dgn keadaan; meninggalkan ~ sl mati; 2. kala, ketika, waktu: semenjak ~ Hamzah Fansuri hingga membawa kpd kurun ke-20, bentuk syair tetap tidak berubah; 3. = umur ~ † umur;

~ atom

masa orang menggunakan tenaga atom utk bermacam-macam keperluan atau tujuan;

~ air batu = ~ ais

masa ketika air batu menutupi hampir seluruh kawasan muka bumi yg terletak di utara garisan khatulistiwa;

~ bahari (kawi, kuno) masa yg telah lama, lampau atau berlalu, dahulu kala;

~ batu zaman ketika manusia menggunakan batu sbg senjata atau alat;

~ dahulu (jangka) masa yg telah lama berlalu, dahulu kala, masa lampau;

~ depan (muka) masa yg akan datang;

~ gangsa = ~ perunggu zaman selepas zaman batu (pd masa senjata dll dibuat drpd gangsa);

~ gemilang masa yg makmur, masa terdapatnya kemajuan yg luar biasa (dan kemakmuran);

~ gerhana = ~ malap ki tempoh masa kurang berhasil (perniagaan, penulisan, dsb);

~ jahiliah masa sebelum lahir agama Islam (di negeri Arab);

~ meleset masa susah (barang-barang dagangan tidak laku dsb);

~ pendudukan masa sesebuah negara diduduki oleh tentera asing;

~ pertengahan zaman antara zaman purbakala dgn zaman baru (dlm sejarah Eropah);

~ puntung berasap zaman kuno;

~ purbakala zaman dahulu kala;

~ sekarang (pd) masa sekarang ini;

~ beralih, musim bertukar prb sesuatu itu tidak tetap (sentiasa berubah-ubah);

sezaman pd zaman yg sama;

berzaman-zaman, berzaman

(meliputi jangka masa yg) sangat lama;

zaman-berzaman

(berterusan, berpanjangan) dr suatu zaman ke suatu zaman, sepanjang atau untuk jangka masa yg sangat lama: motif Islam yg telah wujud ~, iaitu geometri; banyak negara lain yg telah lama menjalankan usaha demikian ~;

penzamanan

perbuatan (proses) membahagikan sejarah kpd beberapa zaman;

zamin †

sl negeri, tanah.

 1 2 3 >  Last ›