Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.807
Hari ini : 21.984
Kemarin : 35.104
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 554 Record
 1 2 3 >  Last ›
n

huruf ke-14 abjad Rumi.

N.R.I.

kep Negara Republik Indonesia.

N.U.

Id kep Nahdatul Ulama (parti politik di Indonesia).

naas

bp nahas.

nabatah

Ar tumbuh-tumbuhan.

nabati

Ar bkn tumbuh-tumbuhan; lemak ~ lemak drpd tumbuh-tumbuhan; sakar ~ gula yg dibuat drpd tumbuh-tumbuhan.

nabawi

Ar bkn nabi: hadis ~.

nabi

Ar 1. orang yg dipilih Allah utk menerima wahyu daripada-Nya utk dirinya sendiri dan tidak diwajibkan menyampaikan wahyu itu kpd orang lain: Muhammad ialah ~ yg terakhir; 2. = Al-Nabi Nabi Muhammad s.a.w.;

kenabian

yg berkaitan (berhubungan) dgn nabi: Nabi Muhammad seorang manusia biasa yg diutus oleh Allah sbg pesuruh dgn mukjizat ~nya; sudah pasti tidak ada darjah yg lebih tinggi drpd darjah ~.

nabu

Mn biji (buah-buahan spt durian dll) berserta isinya.

nabung

Pr hampa (putus) harapan.

nada I

1. bunyi yg tertentu tinggi rendahnya (dlm nyanyian, muzik, dll): ahli-ahli pancaragam telah membetulkan semula alat muzik utk membaiki tinggi rendah ~; ~ utama nada dasar; tangga ~ Id tingkatan bunyi (dlm muzik dll); titi ~ Id tanda bunyi pd baluk, not; 2. ki bunyi suara (yg melahirkan atau membayangkan sesuatu perasaan atau sikap), lagu atau rentak suara (sewaktu bercakap dll): "Kenapa tak ikut sama?", isterinya menyambut dgn ~ kasih; 3. aliran dan rentak (ucapan, sajak, dll);

senada

padan atau sesuai (dgn): warna di bilik anak-anak ~ dgn ruang tamu;

bernada

mempunyai (membawa, menunjukkan) nada: sajak itu ~ romantis dan mengandungi unsur mistik; penggunaan bahasa yg ~ ilmiah.

nada II

Kl sj alat utk menangkap ikan.

nadi

1. denyutan tetap pd arteri disebabkan oleh kontraksi jantung, biasanya boleh dirasa di pergelangan tangan: gerak ~nya semakin cepat; 2. = urat ~ pembuluh darah pd pergelangan tangan (terasa berdenyut-denyut); 3. = urat ~ ki unsur atau faktor yg menjadi asas atau penggerak utama kpd sesuatu (kegiatan, pergerakan, perkembangan, dll), punca hidup, jiwa: kebanyakan negara membangun turut mengikuti falsafah pembangunan yg berteraskan sektor perkilangan sbg ~ pembangunan; masjid itu dlm erti kata sebenarnya menjadi jantung dan ~ perkumpulan itu;

batang ~ pembuluh darah yg besar;

pembuluh ~ pembuluh darah dr jantung;

tinggal ~ prb perihal orang yg sakit tenat;

bernadi

ada nadi, berdenyut nadi; dia sudah tidak ~ lagi sudah mati.

nadim

Ar orang kepercayaan, sahabat karib.

nadir I

Ar jarang ada atau didapati ganjil; gas ~ gas yg tidak bertindak balas dr segi kimia dan didapati dlm jumlah yg sangat sedikit dlm udara atmosfera, spt neon dll;

kenadiran

perihal jarang ada atau terdapat: satu cara yang sering digunakan utk menilai ~ atau sifat antik sesuatu buku adalah dgn mengenal pasti tera air pd kertas yg berkenaan.

nadir III

sj perahu (di Melaka).

nadir II

titik paling rendah bagi sesuatu jasad cakerawala, yg terletak langsung di bawah kaki pemerhati, lwn zenith.

nadirat

Ar; barang ~ barang-barang yg ganjil (jarang terdapat).

nadwah

Ar mesyuarat, perhimpunan, majlis: satu ~ tentang ilmu sosial Islam telah diadakan di Brussel.

naf

IB, bp bahagian roda yg di tengah-tengah, pusat roda, hab.

 1 2 3 >  Last ›