Kamis, 27 November 2025   |   Jum'ah, 6 Jum. Akhir 1447 H
Pengunjung Online : 5.301
Hari ini : 97.615
Kemarin : 184.355
Minggu kemarin : 2.392.401
Bulan kemarin : 11.308.505
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 254 Record
 1 2 3 >  Last ›
FII
kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80° ~
F.M.C.

kep Federation of Malaya Certificate of Education (Sijil Pelajaran Persekutuan)

fa
1. huruf ke-21 abjad Arab (mempunyai nilai 80); 2. huruf ke-21 abjad Jawi
faal I

Ar alamat (sesuatu yg akan terjadi), tanda-tanda; membuka ~ melihat tenung (utk meramalkan sesuatu);  

      memfaalkan meramalkan (dgn melihat tanda-tanda)

faal II
Ar 1. perbuatan, kerja; ~ iman (taubat) doa menyatakan iman (taubat); 2. Id kerja atau fungsi alat tubuh (spt jantung dll)
fabel
1. cerita pendek yg bertujuan utk menyampaikan pengajaran moral, biasanya berwatakkan binatang; 2. cerita atau legenda tentang watak atau peristiwa sakti atau mitos
fabrik

kain yg dibuat drpd benang dgn cara menenun dsb

fadihat

Ar aib, cela, nista;  

      memfadihatkan mengaibkan, mencela, menistakan: jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikatnya dan digantungnya dan difadihatkannya dgn kata yg jahat

fadil
Ar mulia, berpangkat tinggi, terkemuka (kerana berilmu): ulama yg ~
fadilat

Ar kemuliaan, ketinggian, kelebihan (dlm beribadah): ~ sembahyang sunat subuh

faedah (faédah)

1. guna, manfaat: apa ~nya mencintai orang yg tidak mencintai kita; 2. bayaran yg dikenakan atas pinjaman atau kredit: kakitangan kerajaan diberi pinjaman perumahan atas kadar ~ 4% setahun;  

berfaedah berguna, bermanfaat, memberi keuntungan: nampaknya tidaklah ~ negara yg berjiran menentang satu sama lain

faham

1. = fahaman pengetahuan dlm fikiran mengenai sesuatu, pengertian: ~nya mengenai soal-soal politik negara agak cetek; 2. fikiran atau anggapan dsb yg menjadi pegangan seseorang, pendapat: ~ mereka saling bercanggah; 3. tahu dan mengerti benar akan sesuatu: aku tidak ~ macam mana perkara itu mahu diselesaikan; 4. kepercayaan (pegangan) individu atau masyarakat tentang sesuatu: ~ komunisme; 

      ~ kapitalis faham yg menganjurkan supaya faktor pengeluaran berada di tangan orang perseorangan, kapitalisme; ~ kapitalis laissez-faire faham yg menganjurkan kegiatan ekonomi yg bebas sepenuhnya (tanpa campur tangan kerajaan); ~ sosialis faham yg menganjurkan pemilikan dan pengusahaan bersama faktor-faktor pengeluaran (biasanya oleh kerajaan); ~ sosialis Marx faham sosialis yg disebarkan oleh Karl Marx; ~ taakul faham yg menganggap pemikiran yg dapat diterima, yg merupakan asas ilmu pengetahuan (kepercayaan dll);  

      ~nya bagai getah cair prb Mn tidak tetap pendirian; angan lalu ~ tertumbuk prb Mn kemahuan ada tetapi tidak berdaya;  

      sefaham, sefahaman 1. sependapat, sekeyakinan: mereka sehaluan dan sefahaman; 2. setuju (dgn);  

      bersefahaman bersatu faham (pendapat, keyakinan), bermuafakat, bersetuju: setiap pasangan suami isteri harus ~ dan berkasih-kasihan antara satu sama lain; 

      kesefahaman keadaan sefaham: pembentukan sifat toleransi, kerjasama, dan ~; 

      persefahaman perihal bersefahaman, permuafakatan, persetujuan: dgn perundingan begini, mungkin dapat dicapai ~;

      berfaham 1. = berfahaman mempunyai faham (pendapat, keyakinan, dll): rakyat tempat itu lebih ~ kedaerahan drpd ~ kenegaraan; 2. bijaksana, berbudi, berakal: ia sangat ~ dan sangat disegani oleh masyarakat;  

      memahami 1. tahu dan mengerti benar akan sesuatu: dia dapat ~ setiap pelajaran yg diajarkan oleh gurunya dgn baik; 2. menyelami perasaan seseorang: ibunya amat ~nya; 3. memandang, menganggap: Dia ~ lawatan para menteri kerajaan pusat ke Singapura sbg suatu kebengisan;  

      kefahaman keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yg dipelajari (dibaca dsb): oleh itu, ujian keberkesanan pengajaran guru yg sebenarnya ialah ~ pelajar; 

    ketidakfahaman perihal tidak memahami (sesuatu), kegagalan memahami: Itu menunjukkan ~ mereka terhadap media itu sendiri; 

    pemahaman perihal memahami, apa yg difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan: kesan yg paling ketara yg saya peroleh drpd kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sbg tatacara hidup yg lengkap

faharasat (Parsi)
(nombor) senarai (daftar), katalog
fahrenheit (Fahrenhéit)
skala suhu yg menunjukkan takat sejuk beku air pd 32 °F dan takat didih 212° F
fail

1. kotak, sampul surat besar, kad berlipat, tempat surat dsb disimpan secara tersusun: surat-surat itu disimpannya hati-hati dlm ~; 2. maklumat atau dokumen tentang sesuatu perkara, seseorang, dsb; 

      memfailkan memasukkan ke dlm fail, menyimpan dlm fail: tiap-tiap baucar itu dinombori dan difailkan

fajar
1. dinihari, subuh; ~ sidik dinihari benar, menjelang pagi; 2. cahaya kemerah-merahan di langit timur menjelang matahari terbit; ~ menyinsing (merekah) mulai pagi hari
fajir
Ar lelaki yg jahat pekerti yg suka melakukan maksiat (spt penzina dan tukang sihir)
fajirah
Ar perempuan yg jahat pekerti yg suka melakukan maksiat
fakih
Ar orang yg ahli dlm ilmu fikah atau bidang-bidang lain yg diiktiraf dlm pengajian Islam: seorang ulama adalah seorang ~
fakir

Ar 1. (orang yg) berpendapatan kurang drpd pendapatan orang miskin (tidak mencukupi keperluan asas harian): tiap-tiap hari Jumaat, baginda mengurniakan sedekah kpd ~ dan miskin; 2. sl saya (yg miskin ini): apa kerja tuan datang ke rumah ~? 3. orang yg sengaja atau dgn kerelaan sendiri mengalami atau menanggung serba kekurangan dalam hidupnya utk mendapat kesempurnaan batin: baginda memakai pakaian ~ dan meninggalkan istana; 

      ~ miskin golongan yg sangat berkurangan (sangat miskin): bantuan makanan juga akan diberikan kpd ~ miskin; 

      kefakiran perihal (keadaan) fakir

 1 2 3 >  Last ›