Ditemukan : 1433 Record
cendekiawan
(orang, golongan, kaum) cerdik pandai, orang atau golongan terpelajar, intelektual: penulis mengharapkan teguran dan kritikan membina drpd ~ dan ilmuwan
cendera I
1. sl bulan; 2. sl dewa atau setengah dewa: mambang dewa, ~ dan indera
cendera II
sl lena atau nyenyak (tidur): maka raja pun tidurlah di ribaan Hang Jebat terlalu sangat ~nya; jendera
cendera III
sj tumbuhan (pokok kecil), balung hijau, cendur, jarak hitam, menot, Epiprinus malayanus
cenderadurja
cenderamata
cenderahati
cenderamata
cenderai
sj tumbuhan (pokok kecil), Grewia spp.;
~ hutan sj tumbuhan (pokok), a) Grewia fibrocarpa; b) = ~ paya sj tumbuhan (pokok), Grewia miqueliana; akar ~ sj tumbuhan (pokok), Grewia umbellata; cenerah
cenderamata
1. sesuatu yg diberikan kpd orang lain sbg tanda ingatan, cenderadurja, cenderahati, tanda mata; 2. kekasih, buah hati
cenderamulia
cenderasa
sl sj pedang yg sakti
cenderasari
sl sj burung
cenderasuri
sl sj tumbuhan (pokok)
cenderawasih
1. sl burung dewata; 2. sj burung yg indah warna bulunya dlm famili Paradisiaedae; inderawasih
cenderu
sj tumbuhan (pokok), Diplanthera bancana
cenderung
1. tidak tegak, condong, senget; 2. menaruh minat (keinginan, kasih, dsb) terhadap sesuatu, suka (akan sesuatu atau melakukan sesuatu), menunjukkan kegemaran kpd: ia lebih ~ membaca novel; 3. berpihak kpd, memilih pihak, menyebelahi, condong: hakim yg adil tidak ~ kpd pihak mana pun; 4. sl lereng bukit (jurang, tebing, dll) yg curam: ~ yg tinggi lagi terjal;
mencenderungkan menyebabkan (menjadikan) cenderung, menyebabkan seseorang berminat (suka, gemar) pd sesuatu: dlm artikel ini, tumpuan akan diberikan kpd peranan ibu bapa membentuk personaliti anak-anak yg ~ mereka kpd penyalahgunaan dadah;
kecenderungan kesukaan (keinginan, kemahuan), kecondongan (bkn bakat, hati): pendapat pentafsir itu bergantung pd ~nya; kaedah mengajar ini mesti disesuaikan dgn ~ kanak-kanak;
berkecenderungan menunjukkan atau mempunyai kecenderungan (terhadap sesuatu atau utk melakukan sesuatu): sudah ada kes yg menunjukkan bahawa pelarian Vietnam yg sudah biasa dgn kehidupan huru-hara itu ~ utk mencipta fenomena serupa itu di sini
cenderus
membersihkan minyak (supaya tidak berbau perat)
cendol
(céndol) sj minuman sejuk yg terdiri drpd campuran isi berwarna hijau (dibuat drpd tepung beras dan air pandan) dicampur dgn santan dan air gula melaka
cendorong
cenduai I
jampi, mantera (guna-guna) utk memikat hati wanita; minyak ~ minyak pengasih (guna-guna) utk memikat hati wanita
cenduai II
para ~ sj tumbuhan (pokok menumpang), sakar bigus, Tylostylis rigida
|