Ditemukan : 1622 Record
gerek II; bergerek-gerek
(gérék) berlubang-lubang: kayu yg ~;
menggerek menebuk (dgn jara dll): ~ lubang;
gereklah langit olehmu, engkau takkan kusaraki juga prb walaupun kpd siapa kauadukan halmu, engkau tidak akan kuceraikan;
menggerekkan 1. menggunakan sesuatu (jara dll.) utk menggerek; 2. menggerek utk orang lain;
penggerek alat utk menggerek (spt gerudi dll.)
gerek III (gérék)
Kl emas tiruan; barang ~ benda yg dibuat drpd emas tiruan
gerek IV (gérék)
Kd basikal
gerelang
Kl; menggerelang mencencang, mengerat halus-halus
gerencang
gemerencang (senjata)
gerendeng (geréndéng)
Mn; menggerendeng bersikap mengancam atau menyerang (spt lembu yg hendak berlaga dll.)
gerender (geréndér)
Tr lebat (buah), banyak (anak dll.)
gerenek
1. kecil molek, kecil mongel; 2. rendah menggeletar ( suara dll); suara yg ~;
menggerenek sl membunyikan: maka orang pu ~ nobat.
gerengau; menggerengau
menggeragau, mencakar (dgn kuku)
gerenggung
sj tumbuhan (pokok), balun hijau, Aglaia griffithii
gerengseng I (gerénséng)
sj corak kain batik atau kain tenun (berupa setengah bulatan)
gerengseng II (gerénséng)
kuali besar drpd tembaga
gerentam, gerentang
bunyi berdentam-dentam;
menggerentam merentakkan kaki (kerana marah dll).
gerenti (gérénti)
bp jaminan, kepastian;
menggerenti menjamin
gerenyam = menggerenyam
gatal, biang (perempuan), menggelenyar (kerana semut-semutan).
gerenyau
1. tidak dapat duduk diam (selalu melompat-lompat dan berlari), kurang sopan (bkn budak perempuan); 2. pantas tangan atau mulut (budak perempuan dll).
gerenyeng (gerényéng)
seringai, kernyih;
tergerenyeng-gerenyeng menyeringai (hingga kelihatan gigi); ~ bagai anjing disua antan prb seorang penakut yg menepi-nepi kerana ingin lari.
gerenyet (gerényét)
kernyit, gerak-gerak urat
gerenyot (gerényot)
herot (mulut), kernyit
gerepek (gerépék);
menggerepek tidak cebok sesudah membuang air
|