Ditemukan : 1135 Record
jurukamera (jurukaméra)
orang yg kerjanya mengambil gambar atau filem utk surat khabar (televisyen, filem, dsb)
jurukelat
anak perahu yg kerjanya memegang tali kelat
jurukerah
sl jawatan yg di bawah batin
juruketik
Id jurutaip
jurukunci
1. orang yg memegang kunci (tempat keramat dll); 2. Id pemenang dlm sesuatu pertandingan yg menduduki tempat yg terakhir
jurulatih
orang yg melatih orang lain (spt ahli sukan dll) supaya mahir;
kejurulatihan yg berkaitan dgn jurulatih dlm segala aspeknya: di manakah salahnya yg menyebabkan kekalahan ini ataupun sistem ~ yg menjadi puncanya.
jurulayar
anak buah perahu (kapal) yg menjaga layar
jurulelang (jurulélang)
Id, jurulelong orang yg mengurus lelong
jurulito
orang yg mencetak buku dgn cap batu
jurumasak
tukang masak
jurumesin (jurumésin)
orang yg mengurus (membaiki dll) mesin
jurumudi
anak buah perahu (kapal) yg menjaga kemudi
jurunikah
orang yg bertauliah utk menikahkan pasangan yg ingin berkahwin
jurupustaka
Id orang yg memimpin serta mengurus perpustakaan, pustakawan
jururawat
orang (lazimnya perempuan) yg kerjanya merawat orang sakit (di hospital);
kejururawatan hal yg berkaitan dgn (pekerjaan, tugas, urusan, dsb) jururawat: buku ~ psikiatri itu sedang dicetak.
jurureka (jururéka)
orang yg ahli (mahir) dlm mereka sesuatu, pereka
jurus I; sejurus
sebentar, sekejap, sejenak; ~ kemudian sekejap kemudian;
berjurus-jurus beberapa jenak (lamanya): Noor pun berkata sesudah ~ tinggal membisu
jurus II
lurus, terus, langsung, tegak;
berjurus-jurus bersambung-sambung, tidak henti-hentinya, terus-menerus: Maskam ~ termenung pd malam itu;
menjurus mengarah, menuju (terus ke atau kpd), tertumpu kpd: kita harus memilih aspek yg khusus supaya perbincangan kita ~ kpd satu arah sahaja;
menjuruskan mengarahkan, memajukan, mendorongkan (mendesak terus), menumpukan: akibatnya mereka ~ semua nilai moral, estetika, dan keagamaan ke jurang cita rasa;
jurusan 1. arah, tujuan: kapal terbang itu datang dr ~ Singapura; mereka berjalan ke satu ~; 2. bahagian pengajian (ilmu pengetahuan): dia mengambil kursus dlm ~ ekonomi; sekolah aneka ~;
penjurusan proses menjuruskan (menjurus kpd) sesuatu (bidang, aliran fikiran, dll): ~ dlm bidang agama.
jurus III
Kl; berjurus 1. berbudi bahasa, berkelakuan baik; 2. bersungguh-sungguh
jurusan
1. arah, tujuan: kapal terbang itu datang dr ~ Singapura; mereka berjalan ke satu ~; 2. bahagian pengajian (ilmu pengetahuan): dia mengambil kursus dlm ~ ekonomi; sekolah aneka ~;
|