Ditemukan : 1135 Record
jengkol (jéngkol)
Jk jering;
jengkolan, kejengkolan Jk sakit apabila kencing (kerana terlalu banyak makan jengkol)
jengkolet (jéngkolet);
menjengkolet terguling atau jatuh terbalik (dgn kepala ke bawah), menjempalit, menjengkelit
jengkot (jéngkot);
berjengkot, menjengkot berjalan tempang (capik, pincang)
jengkus
= ~ basong sj ikan darat, Morulius chrysophekadion
jengoi Kd → jenguk
jenguk; menjenguk
1. melihat (memandang) dgn menghulurkan kepala ke hadapan atau dgn membongkok, menjengah: setelah mendengar bunyi kereta berhenti di hadapan rumahnya, Aminah pun ~ keluar utk melihat tetamu yg datang itu; 2. = menjenguk-jenguk mengunjungi, menengok: kalau ada masa lapang, datanglah ~ pak cik di kampung ini;
menjengukkan; ~ kepala menghulurkan kepala (keluar dll)
jengul; menjengul, terjengul
tersembul keluar, menonjol keluar: dr bawah kelihatan satu kepala ~ dr pintu bilik itu;
menjengulkan mengeluarkan (kepala dr lubang dll), menyembulkan: ~ kepala.
jeni I
IB 1. bakat semula jadi yg kuat utk mencipta sesuatu; 2. orang yg berbakat (mempunyai bakat yg besar) utk mencipta sesuatu
jeni II
IB bahagian drpd tentera yg mengurus persenjataan dan perlengkapan
jenin mat ~ ; → mat I
jenis
1. golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dll) yg mempunyai sifat-sifat yg sama, bangsa: tikus dan arnab termasuk ~ binatang yg mengerip; 2. = ~ kelamin sifat kelamin (laki-laki atau perempuan): perkataan-perkataan dlm bahasa Inggeris mempunyai perbezaan ~ kelamin; 3. bagai, macam: barang ini agak mahal harganya kerana drpd ~ yg baik; berbagai-bagai ~ = serba ~ bermacam-macam; 4. kasta, golongan (dlm masyarakat dll): di Minangkabau terdapat orang yg tiga ~, iaitu malim, hulubalang, dan menteri;
berjenis bp elok (barang, perangai);
berjenis-jenis bermacam-macam, berbagai-bagai;
menjeniskan membahagi-bahagikan (menggolong-golongkan) menurut jenis;
penjenisan perihal (perbuatan, kerja, dsb) menjeniskan, pembahagian kpd beberapa jenis: digambarkan dgn rajah pohon yg menunjukkan ~ struktur sintaksis.
jenitan
sj tumbuhan (pokok), Memecylon minutiflorum
jenjagung
sj tumbuhan (pokok kecil), bunga menjagung, pagar anak betina, pagar anak merah, Ixonanthes icosandra
jenjala
sl lancang mulut
jenjalau
sj ikan laut, Caesio lunaris (pinjalu)
jenjalu
sj ikan laut, Pinjalo pinjalo
jenjam
Jw tenang (hati)
jenjang I
tangga; menaiki ~ pelamin menaiki tangga pelamin, melangsungkan perkahwinan;
berjenjang, berjenjang-jenjang bertangga, bertingkat-tingkat; pemilihan ~ pemilihan secara bertingkat (tidak secara langsung drpd rakyat); sawah ~ sawah yg bertingkat-tingkat
jenjang II
panjang (leher dll)
jenjang III
burung ~ sj burung yg berleher panjang
|