Ditemukan : 4220 Record
kedira → kedera
kediri
sendiri; kendiri
kedirian
peribadi
kedit → kendit
kediti → keliti
kedogmatikan
sifat dogmatik
kedogolan
1. perihal dogol, kebotakan (kepala); 2. bp perihal bodoh, kebodohan
kedok
Id 1. penutup muka (utk menyembunyikan muka atau menyamar), topeng; ~ gas penutup muka utk melindungi muka drpd gas racun; 2. ki sesuatu yg dipergunakan utk menyembunyikan perkara (tujuan dll) yg sebenar: sambil memakai ~ sosialis, mereka memeras rakyat;
berkedok 1. memakai kedok (topeng), bertopeng: tidak dapat ia camkan muka perompak-perompak itu kerana mereka ~; 2. mempergunakan atau membuat sesuatu utk menyembunyikan tujuan (hal dll) yg sebenar, berselindung (di sebalik sesuatu), menyamar (dgn memperalatkan sesuatu): harus kitab-kitab itu lebih baik drpd segala apa yg pernah ditulis oleh musuh-musuh Islam yg ~ pengetahuan itu;
memperkedok memakai atau menggunakan sesuatu sbg kedok (utk menyembunyikan muka, tujuan, muslihat, dsb), mempertopeng
kedoktoran
1. hal-hal yg bkn ilmu menjadi doktor (mempelajari atau menyelidik bkn penyakit, cara mengubatinya, dll), perubatan; mahasiswa ~ mahasiswa yg belajar utk menjadi doktor; pengetahuan (ilmu) ~ pengetahuan tentang penyakit (cara mengubatinya dll); 2. kelulusan tertinggi dlm dunia kesarjanaan yg dicapai selepas peringkat ijazah sarjana di pusat pengajian tinggi
kedombak
sj tumbuhan (pokok)
kedombak II
sj ikan laut
kedondong I
sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Canarium spp.;
~ bahu = ~ bulan = ~ hutan = ~ kerut sj tumbuhan (pokok), kenari hutan, Canarium nitidum; ~ kerut = ~ matahari sj tumbuhan (pokok dan buahnya), campa biru, gigi buntal, mesiput, Canarium kadondon; ~ matahari sj tumbuhan (pokok), babi kurus, beberas, beras-beras, kasi kempas roman, kijai, pauh kijang, Trigonochlamys griffithii; amra (jangan) disangka ~ prb sesuatu yg menyerupai yg buruk itu jangan disangka buruk
kedondong II
sj ikan laut, bulus-bulus, Sillago spp
kedongengan
unsur-unsur yg bkn kisah khayalan: kadar ~ lebih tinggi dlm filem tersebut;
kedongkok
gelang-gelang berukir di antara hulu dgn bilah keris; → pendongkok
kedongkolan
perasaan mendongkol, kedendaman: di hatinya, bertimpa-timpa kemarahan dan ~.
kedorong
Jk terlanjur, terlepas (perkataan dll), terdorong (perbuatan dll)
kedu; terkedu
lentik ke belakang tubuhnya (kerana sakit pinggang dll), terkedik
kedua
1. (peringkat, bilangan, dll) yg nombor dua: pertunjukan yg ~ ialah tayangan filem Hindustan; 2. = kedua-dua, kedua-duanya, keduanya dua-dua(nya): kedua-duanya tergelak kecil, lalu meneruskan perjalanannya; kemudian kedua-duanya pun tidur berkaparan;
keduaan
keadaan wujudnya dua bahagian atau unsur: ~ budaya muncul di merata tempat di dunia Islam;
|