Ditemukan : 4220 Record
kegemparan
perihal gempar
kegemukan
perihal gemuk, keadaan gemuk: ~ orang dewasa berlaku akibat penyusuan botol semasa mereka masih kanak-kanak;
kegemuruhan
keadaan tidak tenteram, keributan: berlaku suatu ~ drama sejarah pd awal-awal tahun 1950-an.
kegenangan
keadaan terendam atau terbenam dlm air;
kegendalaan
1. sesuatu yg menggendalakan (melambatkan atau menghalang kemajuan, perjalanan, dsb), halangan: mungkin ada sesuatu ~ di jalan; 2. keadaan tergendala (terhalang kemajuan dll): projek yg dirancang di Jalan Damansara sedang menghadapi ~ yg lama, terutamanya dr segi perolehan tapak bangunan.
kegenitan
Perihal genit
kegeniusan
keadaan atau sifat genius, kecerdikan (kepintaran) yg luar biasa: ~nya hampir sama spt manusia dlm bidang ketenteraan.
kegentaran
1. perihal gentar; 2. ketakutan;
kegentingan
perihal atau keadaan genting, ketegangan;
kegeraman
1. perihal geram; 2. berasa (menjadi) geram: kakaknya terjerit-jerit ~.
kegerejaan
(yg) berkaitan dgn gereja: skripnya pula lebih kpd tradisi lisan, dan apa yg penting drama itu harus membawa mesej ~; hierarki gereja mempunyai kuasa bebas dlm soal-soal keagamaan dan ~.
kegeringan
kegersangan
keadaan gersang, kekeringan, kehampaan, kekosongan; → kersang
kegeruhan
kemalangan, kecelakaan
kegetiran
kepahitan (hidup)
keghaiban
perihal atau keadaan ghaib
keghairahan
1. nafsu, percintaan, cinta berahi; 2. kecemburuan; 3. perihal ghairah (penuh minat), keinginan (minat) yg keras: ~ orang ramai menyertai koperasi yg menjanjikan kemudahan pinjaman kpd mereka tentu sekali menarik minat banyak pihak yg ternyata menangguk di air keruh;
keghaliban
kebiasaan, kelaziman
kegiatan
1. perihal atau keadaan giat, kecergasan; 2. aktiviti;
kegigihan
perihal gigih, keteguhan mempertahankan pendapat (fikiran dsb): setelah berjuang dgn segala ~nya, dia berjaya juga.
|