Ditemukan : 4220 Record
kelek I (kélék) ketiak;
mengelek mengangkat (membawa) di bawah ketiak, mengepit: pelakonnya bernyanyi sambil ~ buyung air; ~ anak mendukung anak dekat ketiak
keledut → kedut I
keledek (kelédék)
ubi ~ sj ubi yg manis, ketela ubi, Ipomoea batatas; ~ hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kangkung laut, akar keremek, akar lanar, Ipomoea digitata; (akar) ~ tanah sj tumbuhan (pokok memanjat), Vitis gracilis
keledar (kelédar);
topi (tali pinggang) ~ topi (tali pinggang) yg dipakai utk keselamatan sbg persediaan menghadapi bahaya (kemalangan dsb);
berkeledar 1. bersedia (bersiap-siap) utk menghadapi bahaya dll; 2. = berkeledaran tidak teratur atau tidak tersusun, berselerak, bertaburan
keledang (kelédang)
sj tumbuhan (pokok), nangka pipit, Artocarpus lanceifolia; ~ babi sj tumbuhan (pokok), Artocarpus anisophyllus; ~ berok sj tumbuhan (pokok), tampang ambung (gelugur, jantan, dll), Artocarpus lakoocha
kelecus
sj tumbuhan (pokok), belucus, derum, mempat, mempat hitam (hutan, jantan), sampat, selencus, Cratoxylon ligustrinum (polyanthum)
kelecek (kelécék); mengelecek
membawa bola dgn kaki sambil mengelakkannya drpd dirampas pihak lawan (dlm permainan bola sepak);
terkelecek tergelincir, terpeleset (kerana licin dsb)
keleceh (kelécéh); terkeleceh
terkucil, tergelincir
kelecat; terkelecat
Tr terpelanting, tercampak: jatuh ~.
kelecapan
perihal lecap
kelebut
benda tempat disarungkan kopiah (pakaian dll), acuan (kasut dll)
kelebur
runtuh (spt tanah lembik dipijak);
keleburan jurang, lubang perangkap
kelebuk II
sj tumbuhan (pokok), nangtan, Ficus roxburghii
kelebuk I
bunyi sesuatu benda (spt buah kelapa dll) jatuh
kelebu
Jk karam, tenggelam, dimasuki air (bkn sampan dsb);
mengelebukan mengaramkan, menenggelamkan (sampan dsb)
kelebok (kelébok)
Kd lumpur
kelebihan
1. sesuatu sifat yg lebih drpd kebiasaan, keistimewaan: Sayidina Ali ialah sahabat Rasulullah yg mempunyai banyak ~ dan sifat-sifat yg teristimewa; 2. bilangan yg berlebih, bilangan yg lebih banyak: beliau telah menang dlm pilihan raya itu dgn mendapat ~ undi; 3. = lebihan yg berlebih, bakinya, sisanya;
kelebi
buah ~ buah halkum
kelebet (kelébét)
terlipat (alas meja, kertas, dll) pd bahagian hujung atau tepinya sehingga tergantung-gantung, terkelepai, atau bertindih (tepinya), kelepet;
mengelebetkan melipatkan alas meja, kertas, dll di hujung atau tepinya sehingga tergantung-gantung atau bertindih tepinya
kelebek III (kelébék)
Kd melihat dgn teliti
|