Ditemukan : 4220 Record
kerincing
1. bunyi spt bunyi wang logam berhantukan, kerenting, denting; 2. sj bunyi-bunyian yg dibuat drpd logam
kerinduan
perihal rindu (rasa rindu, keinginan dan harapan akan berjumpa, dll): ~ tidak akan ada lagi apabila mata bertentangan;
kering I
1. tidak berair atau sudah tidak berair lagi (bkn saluran air, parit, dll): saluran air yg membekalkan air ke sawah semuanya hampir ~ disebabkan kemarau panjang; 2. tidak basah (lagi) atau lembap (lagi): digosoknya dgn sehelai kain yg ~ hingga berkilat; sudah pun ~ kain yg dijemur itu; ikan ~ ikan yg telah dijemur hingga kering (setelah dibubuh garam dll); kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan telur (digoreng dan disira dgn air gula); 3. tidak mendapat hujan yg agak mencukupi (bkn daerah, kawasan, dsb), tidak turun hujan utk jangka waktu yg berpanjangan (bkn musim), kemarau: kawasan ~; musim ~; 4. sudah tidak datang haid lagi; 5. tidak berwang (lagi), habis (wang dll): saya tidak dapat meminjamkan wang kerana saya sendiri pun ~ sekarang ini; 6. habis, putus: sejarah tidak ~ dgn peristiwa; ~-~ air tidak kering sama sekali, lembap; ~ darah(nya) tersirap darahnya (sangat terkejut); ~ embun pagi hari kira-kira pukul 8-9 pagi; tak ~ gusi tak putus-putus ketawa atau mudah ketawa (kerana kelucuan dll); ~-kelontang (-kerontang, -kontang) kering sama sekali atau tidak berair sedikit pun (bkn tempayan, perigi, dll); ~ kersang kering tidak subur (bkn tanah); ~ ringkai kering sekali (bkn sesuatu yg dijemur);
mengering menjadi kering;
mengeringi membiarkan supaya menjadi kering (tidak berair), membiarkan kering;
mengeringkan menjadikan kering, mengusahakan (dgn menjemur dll) supaya kering: mereka menggali parit kerana hendak ~ tanah-tanah paya; ikan-ikan itu dikeringkan atau dibubuhi garam sebelum dibawa ke bandar; ~ darah menyirapkan darah (sangat memeranjatkan, mengejutkan);
kekeringan 1. perihal (keadaan, sifat) kering; 2. sudah menjadi kering, tidak basah (berair) lagi: semua parit ~ dlm musim kemarau itu; tekak masing-masing ~ kerana kehausan; 3. tidak lagi di laut dll (bkn perahu), terletak di darat (bkn perahu); 4. kehabisan wang;
pengeringan perihal (perbuatan dsb) mengeringi atau mengeringkan: ~ tanah sawah;
pengering alat utk mengeringkan (udara dll): ~ rambut alat utk mengeringkan rambut yg basah (selepas mandi dsb); balang ~ balang utk mengeringkan bahan kimia
kering II
bunyi spt bunyi loceng basikal;
berkering berbunyi spt bunyi loceng basikal
kering III
sj ikan laut, Centriscus scutatus
keringanan
1. perihal ringan: ia meminta ~, meminta dikurangkan bebannya; 2. terlampau ringan;
keringat
peluh; ~ dingin peluh yg menyebabkan badan berasa dingin, peluh sejuk; biang ~ bintil-bintil (bintik-bintik) merah pd kulit; dgn ~nya sendiri dgn usahanya (kegiatannya) sendiri; mandi (memeras) ~ bekerja (berusaha) dgn sepenuh tenaga, bertungkus-lumus; makan ~ orang menikmati kesenangan dll dgn memperhamba (memeras tenaga) orang; membuang ~ mengerjakan sesuatu yg sia-sia; keluar ~ keringnya tersangat susah (payah);
berkeringat, keringatan † mengeluarkan keringat, berpeluh;
mengeringatkan † membuat sesuatu dgn bertungkus-lumus (susah payah)
keringsing → geringsing
kerinjal
buah ~ buah pinggang, ginjal; sakit ~ sakit buah pinggang
kerinjang; mengerinjang
sl melangkah-langkahkan (menginjak-injakkan, menjejak-jejakkan) kaki
kerinjing
sj tumbuhan (pokok), Bishofia javanica
kerintil
bergantungan bergugus-gugus atau banyak-banyak (bkn buah-buahan)
kerinting I → keriting
kerinting II
siput atau kerang yg diasinkan
kerinting III
sj tumbuhan (palma), rinting, Ptychoraphis singaporensis
kerip
bunyi spt bunyi mengikis (mengerit);
mengerip menggigit berdikit-dikit (bkn arnab, tikus, dsb), mengerumit, mengunggis; binatang ~ binatang yg mengunggis atau mengerumit (mis arnab, tikus, dsb);
pengerip sesuatu yg mengerip (mengunggis); gigi ~ gigi utk mengerip; → kerit I
keris
sj senjata bermata dua yg tajam (bilahnya lurus dan berkelok-kelok): ~ Bugis, ~ Majapahit dll;
~ (anak) alang keris yg sederhana panjang bilahnya; ~ berapit keris yg pd sarungnya dibubuhi dawai mas atau perak; ~ berlok (berkeluk) keris yg berkeluk-keluk (tidak lurus) bilahnya; ~ cerita keris yg bilahnya berkeluk sembilan atau lebih; ~ harubi = ~ merubi = ~ bawang sebongkol sj keris yg berhulukan emas (khas utk raja-raja); ~ pandak (pendek) keris yg pendek bilahnya; ~ panjang keris yg panjang bilahnya; ~ parung sari = ~ sempana keris yg bilahnya berkeluk tujuh atau kurang; ~ pendua keris yg digunakan sbg keris cadangan (bukan keris utama); ~ penyalang keris yg digunakan utk menyalang (sbg menjalankan hukuman bunuh); ~ sepukal keris yg lurus bilahnya;
~ panjang berkeluk, ke mana dibawa ke mana elok prb orang yg boleh dipergunakan utk sebarang tujuan; ~ pedang (lembing) tiada tajam, lebih tajam mulut manusia prb kata-kata lebih tajam drpd senjata; ~ tersisip di dinding, pedang tajam dlm sarungnya prb perbuatan bodoh;
berkeris memakai (menggunakan) keris, bertikam-tikaman dgn keris: maka Tun Bija Sura memakai cara Jawa, ~ di belakang; berkeras tidak ~ prb bertindak keras tetapi tidak berupaya mempertahankan diri;
mengeris menikam dgn keris
kerisauan
perihal risau, kekacauan, kerusuhan (hati), kecemasan, kegelisahan: perkara yg mengenai diri sendiri boleh menjadi punca ~ fikiran kita;
kerisi
1. sj ikan laut, Nemipterus spp.; 2. sj ikan laut, Synagris nemurus (taeniopterus);
~ bali sj ikan laut, Pristipomoides spp.; ~ birat sj ikan laut, Nemipterus nemurus
kerisik I
daun pisang yg telah kering;
mengerisik menjadi kering dan mengelupas (bkn kulit kaki dll)
|