Ditemukan : 58 Record
yak II
sj
lembu yg bertanduk panjang, berbulu tebal dan berjumbai-jumbai, yg terdapat terutamanya di kawasan pergunungan Himalaya dan di Tibet, Bos grunniens.
yakin
betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh;
meyakini
1. yakin (akan), mempercayai benar-benar (akan): setelah ~ bahawa tidak ada orang yg mengintip, barulah dia membuka peti itu; dia ~ kesanggupannya melawan musuh; 2. = meyakin-yakini menyelidiki dsb supaya yakin; 3. menaruh keyakinan pd;
meyakinkan
1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng-dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan: hujah yg ~;
keyakinan
perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajipan kita dgn penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan cita-cita kita;
berkeyakinan
mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar: ia ~ bahawa ayah dan ibunya selamat; ~ dlm apa jua bidang;
ketidakyakinan
perihal (sikap, pendirian, dsb) tidak yakin: ~ terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dlm masyarakat yg mendapat pendidikan Inggeris.
yakis
sj kera besar yg hidup di tanah.
Yakjuj wa Makjuj
Ar dua suku bangsa yg dipercayai akan membinasakan dunia apabila hampir kiamat
yakni
iaitu (diikuti oleh kalimat yg menjelaskan lagi maksud kalimat sebelumnya): majlis itu berhak bertindak dgn sendirinya, ~ dia tidak semestinya mengikuti nasihat sesiapa.
yakut
yakyung
sj kumbang yg bertanduk, kumbang gajah, kumbang kelapa.
Yamtuan
yamyuh
sj unggas kacukan ayam dan puyuh.
yang II
= yang-yang
dewa;
beryang-yang
membaca mantera memanggil dewa-dewa, memuja dewa-dewa: maka tuan puteri pun mengambil gaharu cendana janggi dibakarnya sambil ~ ; Tuanku Malim Deman pun berangkatlah bersiram di dlm taman itu ~ mengamalkan sekalian ilmu hikmat;
kayangan
tempat kediaman segala dewa, keinderaan; hiyang.
yang III
; yang-yang; akar ~
sj tumbuhan (pokok memanjat), akar asam riang, akar kerayung, Vitis hastata.
yas
Yasin
= surah (surat) ~
surah ke-27 di dlm Quran
Yangki
1. orang Amerika umumnya; 2. bp pemuda yg terikut-ikut dgn gaya (yakni pakaian, kelakuan, dsb) pemuda Amerika; seluar ~ seluar potongan seluar gembala lembu di Amerika.
yatim
1. anak yg kematian ibu atau bapanya; 2. = ~ piatu anak yg kematian kedua-dua ibu bapanya;
keyatiman
keadaan yatim (kematian ibu atau bapa).
yaum
Ar hari;
~uddin hari dipertimbangkan kebaikan dan kejahatan (dosa dan pahala) seseorang;
~ ul-akhir hari yg kemudian;
~ ul-kiamati hari kiamat;
~ ul-Mahsyar hari dikumpulkan segala manusia (utk diperhitungkan segala dosa dan pahalanya).
yayasan
1. pertubuhan yg dibentuk utk mengusahakan sesuatu (spt sekolah, badan penyelidikan, badan yg mengeluarkan biasiswa, dll): Universiti Harvard dan Yale di Amerika dibiayai oleh satu ~; 2. bangunan khas utk tujuan tertentu (spt rumah sakit, rumah anak yatim, dll).
yayi
yg
yis
1. sj kulat satu sel dlm kelas Ascomycetes yg dapat menapaikan gula dan kaya dengan vitamin B kompleks; 2. sj bahan yg digunakan utk menaikkan adunan roti dsb, dan utk menapaikan bir, wiski, dsb, ragi.
|