Ditemukan : 266 Record
kuliat; menguliat
merentang-rentangkan anggota badan (selepas tidur dll), menggeliat.
kulilawar → kalalawar.
kulimambang
rama-rama, kupu-kupu.
kulimat; berkulimat
berjimat, berhemat (perbelanjaan, makanan dll).
kulimpapa
sejenis tumbuhan (pokok), Vitex pubescene.
kulimpapat
sejenis serangga bersayap (tubuhnya mengeluarkan cahaya yang berkedip-kedip), kelip-kelip, Sp unid.
kulipit; terkulipit
terpelecok (kaki, tangan);
terkulipit cakap tersasul cakap.
kulirangga
sejenis semut yang besar dan merah, kerengga, Oecophylla smaragdina.
kulisi; terkulisi
terkupas (kulit badan dll).
kuluk; menguluk
meronyok (kain, kertas dll);
cakap berkuluk-kuluk kata-kata yang diucapkan dengan sebutan yang terkulum dan tidak jelas.
kulut; berkulut
1 bersimpul dan berjalin-jalin dengan tidak berketentuan (benang, tali dll); 2 ki sentiasa berdiam diri (di sesuatu tempat); mis: budak itu ~ sahaja dlm bilik.
kumamba
rendah dan lebat serta banyak cabangnya, rendang.
kumbang
kain sarung (perempuan).
kumpa
sejenis alat untuk menghisap dan mengeluarkan minyak (dari dram dll), pompa.
kumpal I; berkumpal
1 berselubung dengan kain tidur sambil baring menyendeng berpeluk tubuh dan kaki dilipatkan; 2 ki malas berusaha.
kumpal II; katam kumpal
sejenis kerustasia, Sp unid.
kumpal III; terajun kumpal
salah satu cara terjun (semasa mandi) dengan memeluk lutut.
kumuh
renyuk (kain, kertas dll); mis: nanti ~ pula pakaian yg sudah diseterika itu.
kunal
tanda bekas luka yang timbul dari permukaan kulit badan.
kanau
sejenis kerang-kerangan laut, Sp unid.
|