Ditemukan : 266 Record
kuntul
sejenis perahu kecil untuk membawa barang yang ditunda oleh kerbau (digunakan di sawah).
kunyam; kunyam-kunyam
mengunyah makanan dalam mulut.
kunyanyang; berkunyanyang
bercakap-cakap dengan tidak tentu tujuan.
kurabat; mengurabat
bunyi spt bunyi pohon kayu tumbang.
kuranji
sejenis tumbuhan (pokok), keranji, Dialium sp.
kurapai; kurapai-kurapai → karapai.
kurapak I
cakap;
kurapak lagur-lagur ki cakap berdegar-degar.
kurapak II; kurapak-kurapak
bunyi seperti bunyi ketam ketika mengeluarkan buih.
kurapit; kurapit-kurapit
bergerak-gerak bibir (spt orang bercakap sendirian), kumat-kamit.
kurapu
sejenis ikan laut, kerapu, Epinephelus sp;
kurapu berintik-rintik 1 sejenis ikan laut, Epinephelus fario; 2 sejenis ikan laut, Epinephelus corallicola;
kurapu menunggul sejenis ikan laut, Cephalopholis leopardus.
kurasa; mengurasas
bunyi seperti bunyi daun atau rumput yang tergesel dengan benda yang bergerak laju.
kuratu; zaman kuratu
masa lampau, dahulu kala.
kuriping
1 selaput kering pada kudis atau kurap, keropeng; 2 lapisan kering (yang melekat pada sesuatu benda); mis: ~ kuih, ~ cat, ~ tanah.
kuripit
sejenis kuih kering.
kurising; mengurising
mengerut-ngerutkan muka hingga tersingsing bibir (kerana kesakitan, kepanasan dll).
kurisis; mengurusis
bunyi seperti bunyi ikan digoreng.
kurita I
kereta.
kurita II
sejenis sotong yang besar, Sp unid.
kurita III; kurita-kurita
sejenis penyakit mata (pada selaput putih).
kuritik; menguritik
bunyi seperti bunyi gelegar akan patah.
|