Rabu, 24 Juni 2026   |   Khamis, 8 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 1.089
Hari ini : 17.571
Kemarin : 15.843
Minggu kemarin : 155.704
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 188 Record
‹ First  < 7 8 9 10 > 
pukat

sejenis taring besar dan panjang untuk menangkap ikan dan binatang;

      pukat ambit sejenis pukat yang biasanya digunakan di tepi-tepi pantai;

      pukat-pukat sarang labah-labah;

      pemukatan, = parau pemukatan sejenis perahu;

      Kampong Pemukat † nama sebuah kampung yang sekarang menjadi sebahagian daripada Kampong Lorong Dalam.

pukima
bahasa kasar sejenis makian.
pulaie I

sejenis tumbuhan (pokok), Alstonia angustifolia;

      pulaie baruang sejenis tumbuhan (pokok), Alstonia angustiloba;

      pulaie lilin sejenis tumbuhan (pokok), Alstonia scholaris;

      pulaie putih sejenis tumbuhan (pokok), Alstonia penumatophora;

      pulaie tikus sejenis tumbuhan (pokok), Alstonia spatulata.

Pulaie II; Kampong Pulaie
nama sebuah kampung di Daerah Brunei dan Muara.
pulak
tercerai dari tempatnya melekat (tangkai cewan, tangkai buah dll).
puluk; memuluk
memasukkan sesuatu (makanan dll) ke dalam mulut sekaligus.
pulut I; berpulut
1 berlilit-lilit dengan tidak berketentuan hingga susah hendak dicerai-ceraikan (tali, benang dll); 2  perlawanan kikik  (biasanya dengan tali yang berbalahan) dengan tujuan untuk memutuskan tali kikik lawan.
pulut II; pulut-pulut
sejenis ikan laut, Equula equula.
pumpung
penjodoh bilangan bagi ikatan; mis: se ~ rambutan, se~ rambai; memumpung mengikat supaya tidak terhurai (rambut dll).
punat

padat dengan isi, pejal.

punduk; berpundukan

duduk (lebih daripada seorang) dengan tidak berbuat apa-apa;

      punduk-punduk, = memunduk duduk (seorang diri) dengan tidak berbuat apa-apa;

      terpunduk 1 terduduk (kerana terkejut dll); 2 kiasan bankrap, jatuh miskin dll;

      mati terpunduk mati terduduk (kerana terlalu letih, terkejut dll).

pundul
sesuatu (burung, ikan dll) yang digunakan sebagai pemikat untuk menangkap atau mendapatkan sesuatu.
pungguk
sejenis ikan laut, Hippocampus kuda.
pungsu
longgok tanah sarang anai-anai (semut dll), busut.
punjung
pembungkus yang berbentuk kon.
puntu; puntu agimat

sejenis alat perhiasan pengantin lelaki yang dipakai di lengan.

pupuh; memupuh
1 memukul dengan sesuatu pada; 2 = memupuh kayu memukul kayu (kayu bangkita dll) untuk menanggalkan kulit.
pupul; memupul
menanggalkan (bunga, buah dll) dari tangkai.
pupus
1 tertutup sama sekali (dinding rumah dll); 2 melampaui paras (kepala dll) dari tinggi sesuatu.
puput

1 bunga yang hampir akan mekar, kuntum; 2 penjodoh bilangan bagi bunga;

      memuput memetik bunga.

‹ First  < 7 8 9 10 >