Ditemukan : 188 Record
puputan
sejenis dapur yang mempunyai pompa angin untuk menyalakan api yang digunakan dalam pertukangan logam.
puragam
sejenis burung, Columba vitiensis griseogularis.
purut; memurut
1 membelai-belai dengan menggosok-gosok (biasanya ayam sabung); 2 menarik keluar perlahan-lahan (daun terup, tali pancing dll); 3 memegang dengan jari dan mengurut (rambut yang basah dll), melurut; 4 berusaha bersungguh-sungguh memujuk seseorang bagi tujuan tertentu.
pusah I
penat, letih (kerana teruk bekerja dll).
pusah II; berpusah
tidak tenteram, gelisah (sebelum atau semasa tidur).
pusu
sejenis ikan laut, Sp unid.
putut
terpotong atau terpenggal (jari, ekor dll), kudung;
putut batis kiasan terputus kemudahan perjalanan (kendaraan);
putut batis tangan kiasan ketiadaan keperluan dan bantuan tenaga yang lazim diperolehi;
putut pencarian, = putut pendapatan ki terputus mata pencarian atau pendapatan.
puyu
sejenis burung, Coturnix chinensis linealata.
|