Ditemukan : 188 Record
picula II; picula basing
sejenis cula yang diperolehi daripada basing dipercayai boleh menjadi tangkal untuk menambah tenaga seks.
pidayan
bilah (rotan dll) yang berjalin dan digantung pada permukaan pintu dll untuk mengadang cahaya matahari (hujan dll), bidai.
pihit; memihit
meletakkan sesuatu dari atas, menindih.
pijar I
sejenis garam galian seperti tawas untuk menghancurkan pateri, pijar-pijar.
pijar II
teruk (kena tumbuk dll).
pila; pila-pila duai
sejenis ikan laut, Psettodes erumei;
pila-pila lidah sejenis ikan laut, Cynoglosus cynoglosus;
pila-pila nipis sejenis ikan laut, Nematops microstoma;
pila-pila beragi sejenis ikan laut, Synaptura zebra.
pilai
terkulai (tangan, kaki).
pilajau
sejenis tumbuhan (pokok), Pentaspadon motley;
anyaman pilajau sejenis corak anyaman yang tedapat pada takiding dll.
pilat
bekas luka (bisul dll) pada kulit badan, parut.
piluk
bahagian bawah kaki atau tangan (jari) yang berkeadaan bengkok sejak lahir.
pimping; pimping kawan
sejenis burung, Sp unid.
pimping suroi sejenis burung, Sp unid.
pimping tanah sejenis burung, SP unid.
pinanasan
sejenis tumbuhan (pokok), Dacryodes rostrata.
pinara
bahagian atas bibir perahu atau tongkang.
pingkul
bentuk tangan yang tidak lurus disebabkan cacat.
pingsar
memingsar memilin (benang, kirai daun dll) dengan jari atau tapak tangan.
pinis
sejenis tumbuhan (pokok), Ouratea sp.
pinjulung, = panjulung
sejenis ikan laut, Zenarchopterus sepikensis.
pinyangat
penyengat;
pinyagat anting-anting sejenis penyengat.
pinyaram, = penyaram
sejenis kuih basah.
pipir
penjodoh bilangan bagi kain sarung; mis: se ~ kain tajung, se ~ kain salindang;
kain salindang (tajung) dua pipir dua helai kain sarung yang dijahit untuk dijadikan satu helai sahaja.
|