Rabu, 28 Oktober 2026   |   Khamis, 16 Jum. Awal 1448 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 3.397
Kemarin : 9.404
Minggu kemarin : 0
Bulan kemarin : 45.610.426
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 188 Record
 < 1 2 3 4 >  Last ›
pajuh; memajuh
bk makan.
pakak I; luak pakak → luak.
pakak II; pakak-pakak
bunyi ayam yang baru lepas bertelur, ketuk.
pakal; pakal saja
apa boleh buat, mujur juga; mis: ~ ~ dia tunangan orang kalau tidak sudah tentu menjadi isterinya.
pakau

 telinga pada seluar dll (tempat memasukkan tali pinggang dll).

palabat
sejenis tumbuhan (pokok), Pleamele elliptica.
palak I; palak-palak
jelas dilihat.
palak II; palak-palak (mata)

1 masih belum terlelap; 2 tidak mendapat bahagian;

      memalak-malaki (mata) menunjuk-nunjuk (makanan, barang dll) apabila mendapat bahagian kepada orang yang tidak mendapat bahagian.

palak III; memalak (mata)
1 mata terbeliak biasanya anak damit yang menghidap penyakit sinudung;  2 terbuka besar-besar (mata) kerana melihat atau mendengar sesuatu yang mengejutkan.
palanduk II; palanduk-palandukan, = palandukan
bacaan Quran yang kurang betul.
palarut; saluar palarut

sejenis seluar (biasanya pendek) yang tepi atas bahagian pinggangnya memounyai lipatan berjahit tempat memasukkan tali palarut;

      tali palarut tali (biasanya daripada kain) yang dimasukkan pada tepi lipatan kain yang berjahit; mis: ~ ~ saluar palarut, ~ ~ kain telekung, ~ ~ sarung bantal guling.

palat I; memalat

menyorong tarik biasanya kulit yang terdapat pada kepala kemaluan lelaki.

palat II; memalat-malat
ki melakukan sesuatu yang tidak berfaedah dan asyik duduk diam di rumah sahaja.
palat III; kupang palat
sejenis kerang-kerangan laut.
palat IV; satukin palat
sejenis stoking.
palau
1 bercakap tidak tentu fasal kerana demam, meracau; 2 ki kehilangan akal, bingung.
palawan; palawan-palawan
sejenis tumbuhan (pokok), Tristania celementis.
palayak → gagumbir.
palis; palis-palis

sr supaya dijauhkan daripada bala dll.

palit; memalit

1 mengelap (meja, muka dll); 2 mencalitkan (menyapukan) sesuatu (gincu dll) pd;

      terpalit 1 tersentuh sesuatu (daun, serangga dll) yang boleh mengakibatkan penyakit; 2 perihal terkena sesuatu (dipercayai roh jahat) yang boleh mengakibatkan penyakit.

 < 1 2 3 4 >  Last ›