Ditemukan : 188 Record
pangat
sejenis bubur (daripada durian, ubi dll).
pangkah I; pangkah-pangkah
sejenis ikan laut, Apogon orbicularis.
pangkah II; ragi pangkah
corak silang pada kikik.
pangkah III; memangkah
memalu gasing (dalam permainan) ke atas gasing lawan.
Panglima; Panglima Asgar
gelaran yang dianugerahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan kepada pembawa kampilan dan kalasak dalam upacara adat istiadat.
paningkah
1 tingkat pada (gata, pataratna); 2 pelantar yang terdapat pada tangga (tempat mandi dll).
panjulung → pinjulung.
pantak
sejenis ilmu untuk menyakiti orang.
pantan; memantan
menghentikan darah keluar dengan menutupkan sesuatu pada liang luka; mis: ~ luka dengan serbuk kopi, ~ luka dengan menekankan ibu jari.
pantaran
bahagian luar rumah yang berlantai (biasanya tidak beratap).
panting; memanting
memetik (gambus).
pantun; memantuni
memberi perhatian pada (memelihara) barang-barang dengan cermat.
panyap; memanyap
mengemas dan menyimpan barang-barang supaya tidak berselerak;
berpanyap ki bertiduran.
papat
rata bahagian hujung.
memapat memotong, mengerat;
papat argiki ki terputus mata pencarian.
papilis
papan yang dipasang melintang untuk menutup hujung kasau.
paraca
1 kain segiempat (untuk mengesat muka, peluh dll), sapu tangan; 2 kepingan-kepingan (potongan-potongan) kecil kain sisa dari jahitan pakaian dll, perca;
peraca lampin, = paca lampin sejenis cawat yang dipakai semasa haid atau nifas.
parah I
perah.
parah II
sejenis tumbuhan (pokok), Elateriospermun sp.
parak
sejenis burung, Pyconotus goiaver gourdini.
paramba, = peramba
ganti nama diri pertama (bagi lelaki) apabila bercakap dengan pengiran.
|