Kamis, 30 April 2026   |   Jum'ah, 13 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 359
Hari ini : 9.961
Kemarin : 22.835
Minggu kemarin : 169.256
Bulan kemarin : 101.098.282
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 84 Record
 < 1 2 3 4 >  Last ›
rampun

sejenis alat untuk menangkap ikan yang terdiri daripada beberapa bentuk kail yang digantung serumpun pada hujung tali;

      seperampun sama potongan dan warnanya (pakaian dll).

rancah; rancah-rancah
sejenis tumbuhan (pokok), Mangifera havilandii.
randa; randa utan
sejenis tumbuhan (pokok), Porterandia anisophylla.
rangas

sejenis tumbuhan (pokok), Gluta sp;

      rangas aing sejenis tumbuhan (pokok), Gluta velutina.

ranggah; meranggah
duduk di atas tapak kaki dengan kaki berlipat dan punggung tidak diletakkan di lantai, bertinggung.
ranggau

sejenis sihir yang menggunakan ‘orang suruhan’ untuk menyakiti orang;

      peranggau orang yang memiliki ranggau;

      si ranggau ‘orang suruhan’ yang dgunakan untuk meranggau.

ranggu I
sejenis tumbuhan (pokok), Azaderachta excelsa.
Ranggu II

nama sebuah tempat di Sungai Brunei yang berdekatan dengan Kampong Telanai.

rangka
makan banyak-banyak, lahap.
rantap

sejenis tumbuhan (pokok), Stylocoryne sp.

      rantap itam sejenis tumbuhan (pokok), Randia grandifolia.

rantau

sejenis alat untuk menangkap ikan, pukat hanyut.

rapana, = rampana
sejenis gendang yang di sebelahsahaja dipasang kulit (biasanya digunakan semasa berdundang), rebana.
rapang
1 sejenis alat untuk membentuk dan meratakan mata jaring; 2 salah satu alat dalam pertenunan.
rapat I; perapatan

sesuatu (bahagian tepi papan dll) yang hampir bertemu;

      sisir rapat sejenis sisir yang celah-celahnya tidak renggang dan dapat digunakan sebelah-menyebelah.

rapat II
malar, kerapkali; mis: dia ~ beroleh kejayaan dalam peperiksaan.
rapit
rapat, dekat.
rapus
tidak ada yang tertinggal; mis: ~ menjemput, tidak ada yang kurang; mis: ~ permintaan; mis: ~ mandi.
rasang
1 berasa tidak enak kerana cuaca panas; 2 ki bkn perasaan gelisah kerana lama menunggu dll.
rasau I
sejenis tumbuhan (pokok), Pandanus helicopus.
Rasau II
nama sebuah kampung di Daerah Belait.
 < 1 2 3 4 >  Last ›