Ditemukan : 84 Record
raum; meraum
mengambil sesuatu (barang-barang kecil) dengan kepalan tangan;
beraum kiasan berkelahi.
rawai I
sejenis alat untuk menangkap ikan yang terdiri daripada beberapa bentuk kail yang digantungkan pada tali yang terentang.
rawai II; rawai-rawai, = berawai-rawai
1 sejenis ukiran lama yang bentuknya berliku-liku biasanya terdapat pada bahagian tertentu rumah; 2 bentuk (pada kain) yang berliku-liku yang dijadikan perhiasan.
ridi
sejenis permainan tradisional Brunei dengan menggunakan rotan yang mempunyai enam peringkat permainan (sungkit, ambat, kapala ayam, singkang, siku dan kapala).
ridis; meridis
memotong memanjang untuk memisahkan di antara tulang atau pelepah dengan daun;
ridis-ridisan potongan-potongan (kain, kuih dll).
rigis
sejenis alat untuk menangkap udang yang terdiri daripada tulang rigis dan pidayan yang sebahagiannya menyampir pada sebelah pinara;
pidayan rigis, = pantaran rigis, bahagian rigis yang terdiri daripada bilah yang dijalin;
tulang rigis bahagian rigis yang terdiri daripada batang-batang lidi dipasang pada buluh berbentuk sisir.
rimpih
rebah (benda yang tegak), tumbang.
rimpus → impus.
ringas; meringas
1 tidak berdaun (pokok) kerana luruh; 2 kiasan keadaan (orang) yang tidak terurus.
ringgis, =rinjis
sejenis kuih basah.
ringkat
1 sejenis bekas yang bertingkat-tingkat tempat menaruh barang-barang makanan (bekalan dll), mangkuk tingkat; 2 tingkat sesuatu benda (binaan dll) yang bentuknya bertindih-tindih; mis: rumah pangsa lima ~ , bas dua ~ :
meringkat menambah binaan (rumah, rumah pangsa dll) yang ada menjadi dua tingkat atau lebih.
ringsak
bunyi (ketawa, tangisan dll) yang penuh sesak.
ringjis → ringgis.
ripau
hampas sagu.
riput
1 tertutup sedikit, hampir-hampir pejam (mata); 2 keadaan kain sarung yang semakin menirus tepinya (biasanya yang belum terjahit).
rista; merista
mengenang dan mengingatkan lagi.
riuh I
bunyi (suara dll) ramai;
beriuh-riuhan 1 bertengkar atau berkelahi (biasanya kanak-kanak); 2 keadaan kacau-bilau yang berpunca daripada khabar-khabar angin tentang sesuatu yang menakutkan; mis: biasanya orang ~-~ tentang adanya pengait pada musim mengetam.
riuh II; burung riuh
sejenis burung, Sp unid.
ruah; meruah
membongkar, menyelongkar (barang-barang dalam kotak, almari dll).
ruang; bawah ruang
petak antara lunas dengan lantai perahu.
|