Rabu, 24 Juni 2026   |   Khamis, 8 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 566
Hari ini : 11.468
Kemarin : 15.843
Minggu kemarin : 155.704
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 84 Record
‹ First  < 2 3 4 5 > 
ruap; meruap

1 mendidih dan melimpah (tanakan nasi, sayur dll); 2 keadaan api yang cepat merebak;

      meruap ati perasaan marah yang menjadi-jadi.

rubit
1 terkoyak sedikit (kain, kertas dll); 2 terpotong sedikit (anggota badan); 3 sobek sedikit (kuih).
rucih
kotor penuh berconteng (tulisan, lukisan dll).
rudus

terpotong atau terkoyak sedikit (biasanya pada bibir, telinga).

ruga, = membari ruga
perihal mendatangkan kepapaan.
rugat

terlepas dari tempatnya lalu jatuh atau gugur, tanggal.

ruha
tidak tersusun rapi (perkakas rumah), rosak (barang).
rujuh; merujuh
merempuh, melanggar; mis: dia terpaksa ~ orang ramai untuk melepaskan diri daripada tangkapan polis.
ruku
kain selubung untuk menutup tubuh perempuan ketika bersembahyang, telekung.
rumahan

sejenis ikan laut, Rastrelliger kanagurta;

      rumahan laki sejenis ikan laut, Rastrelligar sp.

rumis; merumis
tidak senonoh (wajah, pakaian dll).
rundau; merundau

mencari dan menggeledah untuk mendapatkan sesuatu, menyelongkar;

      berundau 1 kiasan berjalan-jalan tanpa tujuan; 2 kiasan bermain-main di air sambil mandi (biasanya kanak-kanak).

runding; inda berunding
1 tidak dibincangkan bersama; 2 tidak berkira, bertolak ansur; mis: mereka adik-beradik ~ ~ dalam perbelanjaan keluarga.
runduk
turun mendarat (kapal terbang, burung, kikik dll).
runggau; merunggau
berjalan dengan bertumpu di atas tangan dan lutut, merangkak.
runggut; merunggut

menarik dengan kekerasan, meragut.

rungkoi; merungkoi
melentok (biasanya kerana lemah, uzur, tua).
rungkup; merungkup

mengambil secara kekerasan dengan tangan atau mulut; mis: pencuri ~ beg tangan, buaya  ~ mangsanya;

      berungkup kiasan berkelahi.

rungus; merungus
basah kuyup.
rusah; berusah, = berusah-rusah

membuat kerja-kerja dapur untuk hidangan;

      merusahkan 1 membuat sesuatu pekerjaan, mengerjakan; 2 melakukan sesuatu perbuatan keji.

‹ First  < 2 3 4 5 >