Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.819
Hari ini : 22.039
Kemarin : 35.104
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 56 57 58 59 60 >  Last ›
ciri I

sifat (unsur, tanda) yg khusus pd sesuatu (yg membezakannya drpd yg lain); ~ seks sekunder (Bio) ciri haiwan jantan (atau betina) yg membezakannya drpd haiwan betina (atau jantan), atau ciri lelaki yg membezakannya drpd wanita, akibat pengaruh hormon; 

      bercirikan mempunyai atau menunjukkan ciri atau sifat (yg tertentu): sajak ‘kucing’ pula dianggapnya lebih ~ prosa drpd puisi; 

      mencirikan menjadi ciri (kpd), merupakan sifat atau sifat-sifat sesuatu: kepelbagaian yg ~ masyarakat dan budaya Asia Tenggara; kerumitan sentiasa ~ proses perubahan yg dihadapi oleh sebarang sistem; 

      pencirian perbuatan mencirikan sesuatu: teori ini bergantung pd ~ kebenaran. 

ciri II
sl doa atau mantera yg dibaca sewaktu raja ditabalkan: Batala membaca ~nya, maka Sang Nila Utama digelar oleh Batala, Seri Teri Buana. 
cirit

1. tahi cair; 2. keladak, endap-endap, hampas; 3. = ~-birit sakit terberak-berak;

      ~ bintang tahi bintang, bintang beralih (gugur); ~-birit (-mirit) (sakit) terberak-berak atau buang-buang air; ~ kopi (madat, minyak) keladak atau hampas kopi (madat, minyak);  

      menghendakkan ~ harimau tergantung di ekornya prb menginginkan sesuatu yg tidak mungkin diperoleh; termakan (di) ~ berendang prb termakan ubat guna-guna maka dikuasai (mengikut sahaja apa kata) orang;  

      mencirit terberak cair;  

      menciriti mengeluarkan cirit di, mengotori dgn cirit: maka ia turun ke kolam hamba yg dua buah itu lalu diciritinya kolam itu kedua-duanya;  

      menciriti mengeluarkan cirit di, mengotori dgn cirit: maka ia turun ke kolam hamba yg dua buah itu lalu diciritinya kolam itu kedua-duanya;  

      tercirit terkeluar cirit, terberak cair

cis I

sr kata utk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci, dll);  

      mengeciskan mencemuh, mengatakan cis (kpd): kerana perbuatan kau yg keji itu, nanti aku diciskan oleh orang di sini. 

cis II
senapang ~ bp senapang yg menggunakan patrum kecil
cit I
bunyi spt bunyi anak burung dll  
cit II
kain cita; encit
cit III
sr kata utk menyuruh gajah datang dekat
cit IV
~ ku sj ikan darat, Carassius auratus
cita I

1. rasa, perasaan; 2. keinginan, hasrat; 3. gagasan, idea; 4. sl cipta, angan-angan, fikiran: kecil hati rupanya nyata, diangkanya kakang berubah ~; 5. cinta, rindu (akan): jikalau anakanda sesak sukar sesuatu hal, bakarlah kemenyan mandung jati itu, ~lah nama ayahanda, nescaya datanglah ayahanda;  

      cita-cita 1. harapan, hasrat, keinginan (yg kuat): seakan-akan digerakkan oleh ~ hendak bertemu dgn anak bininya; ~nya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak; 2. maksud, tujuan yg hendak dilaksanakan: aku rintang pekerjaannya itu dgn ~ yg luhur;  

      bercita-cita 1. ada cita-citanya, mempunyai cita-cita: kita bukan hidup sbg haiwan yg tidak ~; 2. berharap (akan), berhasrat (akan), berniat (akan): sbg pemimpin, ia ~ mewujudkan masyarakat yg bebas dan aman makmur;  

      mencita sl menciptakan, mewujudkan sesuatu dgn kuasa batin (sakti): masing-masing pun ~ saktinya pula lalu menjadi naga turun ke dlm laut; pucuk dicita ulam mendatang prb yg diperoleh lebih drpd yg dekehendaki;

      mencita-cita, mencita-citakan 1. mengangankan, mengharapkan, menghendaki, mengimpikan: dia tahu kalau dia terus berkeras melawannya, tentulah segala-gala yg dicita-citakan itu akan musnah; 2. membayangkan dlm fikiran, menggambarkan (melukiskan) kpd: dlm ceramahnya itu, ia ~ demokrasi sosial yg akan dibentuk utk menjamin kebahagiaan ekonomi setiap lapisan rakyat. 

cita II

sj kain drpd kapas utk dibuat pakaian (berbunga-bunga atau berwarna)

cita rasa
 1. rasa spt sedap (lazat dsb); 2. kegemaran dan pilihan, kegemaran dan kecenderungan: setiap penonton mempunyai keinginan, ~, pandangan yg tertentu, khusus utk sesebuah rancangan terbitan RTM. 
citah
sj binatang liar di Afrika yg bertompok spt harimau bintang, Acinonyx jubatus
citra

1. sl gambar, lukisan, arca. 2. gambaran atau imej peribadi seseorang (barangan, organisasi, dll): yg menarik tentang cerita tersebut ialah usaha Arena Wati utk membina ~ wanita; 

      bercitra memiliki atau mempunyai gambaran tentang peribadi seseorang (barangan dll); 

      citraan kaedah (cara) membentuk gambaran seseorang atau sesuatu; 

      kecitraan hal (sifat) yg berkaitan dgn citra; 

      percitraan perihal bercitra: pelbagai aspek sastera spt tema, plot, ~ dapat menonjolkan ciri-ciri keindahan novel itu. 

ciu I
sj tikar tebal tiga rangkap yg dihias dgn emas (perak); jikalau kita duduk di atas ~ emas sekalipun, namun hati tiada senang jua prb jika hati tidak suka, bagaimana senang pun, tetap berdukacita juga
ciu II

sj minuman keras, arak

cium = ciuman;

bercium 1. menyedut dgn hidung antara satu dgn lain (utk menyatakan rindu, sayang, dll): semuanya berpeluk ~ dgn Indrajit; 2. berkucup;

bercium-ciuman saling menyedut dgn hidung atau saling mengucup (utk melahirkan perasaan kasih, berahi, rindu, dsb): cinta bebas bukanlah bererti bebas berpeluk-pelukan dan ~;  

mencium 1. menyedut sesuatu dgn hidung (utk mengetahui bau): kalau tidak dicium, manakan tahu busuk wanginya bedak ini; 2. menyedut pipi (ubun-ubun dll) orang dgn hidung: maka baginda pun segeralah memeluk dan ~ anakanda dgn tangisnya; 3. melekatkan atau mengenakan bibir pd sesuatu, mengucup; 4. ki mendapat berita (khabar, tahu, keterangan, dll), mengetahui sesuatu hal yg terselindung (dirahsiakan dll), menjejaki (menyelidiki) rahsia, perkara, hal, dll: belum pun dia habis bercakap, saya sudah dapat ~ maksudnya yg sebenar; 5. bp melanggar, berantuk, terbentur (pd): kalau kena penumbuknya, ~ tanah mukamu nanti; 6. menikmati: melainkan tidak akan ~ bau syurga; 

menciumi 1. mencium berulang kali: dia ~ anaknya utk melepaskan perasaan rindu dendamnya; 2. ki menjejaki (mencari-cari, mengusut) sesuatu perkara: mata-mata gelap sedang ~ jejak orang yg disyaki bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu;  

tercium 1. dapat mencium, tidak sengaja mencium, mendapat bau; 2. ki mendapat tahu (maklumat, keterangan, dll), telah diketahui: telah ~ olehnya jejak kita;  

ciuman 1. sedutan dgn hidung; 2. kucupan;  

perciuman perbuatan bercium

penciuman 1. perihal (perbuatan) mencium(i); 2. pencium: ~ Si Tenggang sangat tajam;  

pencium 1. deria bau, pancaindera utk mencium: tiap-tiap manusia memiliki hidung sbg alat ~; 2. orang yg mencium

ciur → ciu I
ciut I

bunyi spt bunyi engsel pintu sewaktu pintu dibuka dll;  

      berciut, berciut-ciut, menciut, menciut-ciut berbunyi ciut(-ciut): menciut bunyi tayar keretanya menggigit aspal. 

ciut II

Jk 1. sempit, picik, tidak luas (lapang); 

      2. menjadi sempit (picik, pendek, susut)

‹ First  < 56 57 58 59 60 >  Last ›