Sabtu, 13 September 2025   |   Ahad, 20 Rab. Awal 1447 H
Pengunjung Online : 76
Hari ini : 6.530
Kemarin : 2.698
Minggu kemarin : 0
Bulan kemarin : 10.518.945
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 55 56 57 58 59 >  Last ›
cingge

(cinggé) C perarakan kebudayaan sekumpulan orang (khususnya orang Cina di Pulau Pinang) yg secara bergilir-gilir menjulang dan mengimbangi sebatang tiang (besar, panjang) yg diikat bendera besar (bersegi tiga)

cingkambon
Sr permintaan tambahan (spt emas, kain putih, dll) selain alat-alat yg tertentu oleh pihak gadis kpd pihak yg meminang
cingkat
buah kelapa muda, cengkir
cinta

1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll): walaupun ~nya kpd keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi; 2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: ~ kpd suaminya masih tinggal bersarang dlm hati; barangkali kau masih ~ pd tunanganmu; 3. sl perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dll): tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya; 4. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu: putera raja itu amat sangat ~ akan burung yg dilihatnya itu;  

      ~ berahi telalu sangat cinta (asyik maksyuk); ~ kasih sangat cinta dan kasih (kasih sayang);  

      cintakan cinta akan, mencintai; 

      bercinta 1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 2. berasa rindu; 3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak; 

      bercintakan 1. menaruh cinta atau kasih kpd, berahi kpd: sbg laki-laki yg ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit; 2. berperasaan rindu akan, ingin akan: ia ~ benda yg sukar diperoleh; 3. sl berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu: tujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja; janganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu;  

      bercinta-cintaan 1. cinta-mencintai, berkasih-kasihan: baru hendak ~ dgn seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina; 2. bercengkerama atau bercumbu-cumbuan (antara lelaki dan perempuan): sebelum hari malam, dia ~ dgn tunangannya;  

      mencinta 1. menaruh cinta atau kasih (kpd); 2. sl berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal; 

      mencintai 1. mengasihi, menaruh cinta pd: ia ingin ~ dan dicintai; 2. merindukan (hendak memperoleh sesuatu dll), mengharap-harapkan, menginginkan: tidak ada orang yg tak ~ duit;  

      tercinta (yg) dicintai (dikasihi, disayangi): engkau pisahkan aku dr anakku yg ~;  

      kecintaan 1. perasaan cinta, kasih, kesayangan: yg mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yg diikat oleh kesetiaan; seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kpd bahasa kebangsaan; 2. yg dicintai (dikasihi), kekasih: pemuda ~nya bekerja sbg wartawan; 3. sl kerinduan kesedihan, kebimbangan; 4. sl menanggung cinta (sedih dll);  

      percintaan 1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~; 2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah;

      pencinta orang yg meminati dan mencintai sesuatu: ~ sastera. 

cintamani
sl 1. sj permata bertuah yg boleh menolong tercapainya cita-cita; 2. = ular ~ sj ular yg mendatangkan kebahagian kpd orang yg mendapatnya (terutama orang yg sedang berada dlm alam percintaan)
cintamula
sj tumbuhan (pokok), geronggang semut, Ouratea crocea
cintan

bp cinta

cintuh
 sentuh
ciok
† bunyi spt bunyi burung, ciak, ciap
cip I

bunyi spt bunyi burung pipit dll, ciak, ciap;  

      bercip-cip berbunyi cip-cip

cip II → mikrocip
cipai
sj kera, Semnopithecus melalophos
cipan I
sl sj senjata spt kapak
cipan II
sj binatang, tenuk, tapir; kipan
ciplak → jiplak
cipoa
sempoa
ciprah
sj tumbuhan (pokok renek), cemperai, Champereia griffithii
cipta

 angan-angan (khayalan), cita, fikiran, renungan; daya ~ kebolehan fikiran utk mereka sesuatu (karya seni dll);  

      mencipta menerbitkan atau menghasilkan sesuatu dgn daya fikiran atau imaginasi (khayalan): utk dapat ~ cerita yg baik, diperlukan fantasi; guru hendaklah menggalakkan kebolehan ~ di kalangan kanak-kanak;  

      menciptakan 1. mewujudkan (mengadakan, membuat, menjadikan) sesuatu dgn fikiran (kekuatan batin): dunia diciptakan oleh Tuhan dgn kuasanya yg Maha Besar; 2. mewujudkan (melahirkan, membuat, menjadikan) sesuatu yg baru: Karl Marx bercita-cita ~ masyarakat yg sama rata; 3. membuat (menjadikan) sesuatu drpd bahan-bahan yg lain: drpd keledek pula ia ~ hasil-hasil spt sebatian getah yg berharga, kanji, halia tiruan, perekat, dll; 4. menghasilkan karya seni (mengarang sajak, menggubah lagu, dll): hanya dgn bakat sahaja sasterawan tidak dapat ~ novel yg bernilai; kalau mahu mendapat penghargaan, seniman mestilah ~ karya yg mengagumkan manusia;  

      tercipta sudah diciptakan (dibuat, dijadikan), terwujud

      ciptaan sesuatu yg diciptakan, hasil kesenian: lagu-lagu ~ seniman agung P.Ramlee; ia tidak mengharapkan siapa-siapa pun membeli atau memuji ~nya yg tergantung di bilik pameran itu; 

      penciptaan perihal (usaha dsb) mencipta(kan);  

      pencipta (orang) yg menciptakan (menjadikan, membuat, mewujudkan): ~ fesyen pakaian

cir
sr kata utk mengejek (menghina dll)
circir
sj loceng atau genta kecil
‹ First  < 55 56 57 58 59 >  Last ›