Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.723
Hari ini : 24.695
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 9 10 11 12 13 >  Last ›
canggih I
terlalu banyak bercakap
canggih II

1. moden dan kompleks (alat), sofistikated: walau bagaimanapun ~ peralatan yg dipunyai oleh sesuatu badan, selagi yg mengerjakannya tidak menguasai bidang yg mahu diusahakan, maka selagi itulah timbul kesalahan; 2. hebat, menarik, moden (bangunan, pakaian, dll): Liyana kelihatan begitu ~; 3. tugas dgn berkesan, sesuai dgn perkembangan masa: wanita ~; 

      mencanggihkan menjadikan seseorang atau sesuatu (teknologi, peralatan, pakaian, dll) canggih; 

      kecanggihan perihal (sifat, keadaan, dsb) canggih: ~ senjata-senjata moden sangat dikagumi oleh banyak pihak; 

      pencanggihan perbuatan mencanggihkan sesuatu: peluasan dan ~ jurnalisme berbahasa Melayu

canggit
conggang-~; conggang
canggu → cagu
canggung I

1. kurang biasa atau kurang senang menggunakan (melakukan) sesuatu, kekok, kaku, janggal: dr kecil lagi dia diajar menari, sebab itulah apabila dia menari, tidak ~ nampaknya; 2. berasa kurang senang (tidak bebas), segan-segan atau malu-malu (kerana tidak biasa bercampur atau tidak tahu adat resam orang): anak raja itu terasa serba kekok dan ~, tidak tahu apa yg hendak dibuatnya; 3. kurang elok atau sempurna (pd pandangan atau pendengaran), tidak kena pd tempatnya, agak janggal: bahasa karangannya begitu ~ hingga tidak dapat disiarkan; kenalanku ada yg cantik dan tidak akan ~ jadi isterimu; 4. serba kekurangan (bkn kehidupan, pengetahuan, dll): bagaimana aku dapat hidup senang, kalau serba ~ spt ini; 5. = tercanggung Mn a) berasa sepi (kerana tidak berteman dll); b) kurang senang (kecewa dll): hendaklah diusahakan supaya pembeli jangan ~; ~ bagai antan dicungkilkan duri prb perbuatan yg bukan-bukan, tidak kena pd tempatnya;  

      kecanggungan 1. perihal canggung (kekok, kaku, janggal), kekekokan, kekakuan, kejanggalan; 2. perihal canggung (segan-segan atau malu-malu): ~nya jelas pd gerak-gerinya; 3. perihal canggung (kurang elok atau sempurna pd pandangan atau pendengaran): ~ bahasanya memperlihatkan kecetekan pengetahuannya tentang tatabahasa bahasa Melayu

canggung II
dahan atau batang kayu mati yg timbul tenggelam di air; bagai kera dapat ~ prb tidak renggang-renggang dr tempat menerima pertolongan
canggung III
sj lagu dan tarian (di utara Malaysia)
canggung IV
sj alang tempat (ayam dll) bertenggek
cangip
cungap-~ tercungap-cungap, termengah-mengah
cangit
congak-~ mendongak dan menundukkan muka berkali-kali; congak
cangkaliwang; bercangkaliwang
berkeadaan serabut, tidak keruan: ingatannya dlm perjalanan itu ~. 
cangkang I
menjawab dgn keras dan biadab apabila dimarahi
cangkang II
† kulit telur
cangkat
1. bukit kecil, anak bukit; ~ sama didaki lurah sama dituruni prb sama-sama merasai kesusahan atau kesenangan; 2. (bkn air) tidak dalam, cetek, tohor
cangkau → cengkau
cangkel

(cangkél) Jk (ter)sangkut;  

      mencangkelkan menyangkutkan, menggandingkan

cangkelong I
Jw; pipa ~ paip tembakau; ~ candu penyedut utk menghisap candu
cangkelong II
Jw sj beg yg boleh disangkutkan di bahu
cangkerang
1. Jk selongsong (lampu bateri dll); 2. kulit luar yg keras (pd kerang dll)
cangkering
sj tumbuhan (pokok yg akarnya dibuat ubat beri-beri), Erythrina fusca
‹ First  < 9 10 11 12 13 >  Last ›