Ditemukan : 1433 Record
cantelan
tempat menyangkutkan sesuatu, sangkutan
cantengan
Jw sj penyakit pd hujung jari
canterik
Jw murid pendeta, pengikut
cantik I
sangat menarik apabila dipandang (bkn orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dll), sangat elok (bagus, molek): gadis yg ~; barang-barang perhiasan yg ~; bagaimanapun ~nya satu-satu rancangan, tidak akan berjaya jika tidak diturut kehendak rancangan itu dgn ikhlasnya;
bercantik-cantik menghias muka supaya cantik, bersolek;
mencantikkan menjadikan cantik;
mempercantik menjadikan makin cantik;
kecantikan perihal cantik, keelokan (rupa muka, benda, dll), kemolekan, keindahan;
pencantik yg menjadikan (kelihatan) cantik, yg mencantikkan: cairan ~ yg luar biasa ini tersedia di toko-toko farmasi dan gerai-gerai solek
cantik II
Mn biang, gasang, gatal
cantil
layar kecil bersegi tiga (pd kolek)
canting I
1. alat drpd tembaga yg digunakan sbg bekas lilin cair utk melukis corak pd kain; ~ cap alat utk mencetak kain; 2. pencedok kecil (utk mencedok minyak dll); 3. pencedok air (dibuat drpd buluh dll )
canting II
batu pemberat pd sauh (utk menambahkan berat sauh)
canting III ; canting-canting
conteng-conteng
cantis; cantis-cantis
conteng-conteng
cantol
Jw kait, pengait;
mencantol, mencantoli mengait (pd), menyangkut (pd)
cantum; bercantum
1. bertaut semula (spt luka yg sudah baik dll); 2. bertemu dan melekat atau bersambungan (spt zip, bulu ayam, dll); 3. bergabung, bersambung: tiap-tiap kawasan ~ dgn kawasan yg di sebelahnya; 4. ada memuat atau berisi (karangan dll); carik-carik bulu ayam lama-lama ~ juga prb perkelahian sesama saudara itu akhirnya berbaik juga;
mencantum 1. menemukan (merapatkan, melekatkan) supaya bercantum; 2. menyemat (dgn jarum dll); 3. memindahkan (menumbuhkan) mata tunas suatu pokok pd pokok lain (utk mendapat pokok yg lebih baik);
mencantumkan 1. merapatkan (benda atau hal) supaya bertaut (melekat, bersatu, dll), memautkan, melekatkan, menyatukan, memadukan, menempelkan; 2. menyematkan (dgn jarum, pin, dll); 3. menikamkan: dicantumkannya keris pusaka itu pd dada terus ke belikat; 4. memasukkan atau menyertakan (dlm majalah, acara, dll): nama peserta-peserta mesyuarat itu telah dicantumkan dlm surat edaran;
tercantum 1. sudah dicantumkan; 2. termasuk atau termuat (dlm majalah, acara, dll); 3. tersemat atau terkandung dlm hati (cita-cita dll);
cantuman bp 1. = percantuman perihal bercantum, pertemuan, pertautan, pergabungan, perpaduan, penyatuan: aku akan terus berjuang utk ~ Singapura dgn Tanah Melayu; 2. = percantuman perihal mencantumkan bahagian-bahagian yg berlainan menjadi satu (motokar dll); 3. barang apa yg dicantumkan atau utk dicantumkan: biasanya barang-barang ini digunakan hanya sbg ~ yg tidak kekal; 4. perihal memindahkan (menumbuhkan) mata tunas suatu pokok pd pokok lain
cantung → centung
cap I
1. alat utk menurunkan bekas atau kesan tanda (tandatangan, nama, dll) dgn menekankannya di atas kertas (surat dll), tera: ~ ini dibuat drpd getah; 2. cetak, cetakan; huruf ~ huruf cetak (bukan huruf tulisan); kain ~ kain yg dicetak (tidak dibatik); tukang ~ tukang mencetak buku; 3. bekas atau kesan (tanda, gambar, tandatangan, dll) yg dibuat dgn cap: tiap-tiap surat perjanjian itu mesti ada ~ pegawai daerah, barulah boleh diterima; 4. tanda yg berupa gambar dll (utk barang dagangan dll): Datuk Ujang menghulurkan sebatang cerut ~ ayam; 5. ki ciri, sifat (keadaan, watak, dll); dgn demikian kelihatan ~nya keadaannya yg sebenarn;
~ batu cetakan yg dibuat dgn batu, litograf; ~ dagang(an) tanda (gambar, nama, dll) yg digunakan dlm perdagangan (pd barang-barang dll); ~ jari bekas tekanan jari (utk ganti tandatangan atau utk mengenali orang yg memiliki jari itu); ~ kempa sl tera (cap) diraja kerajaan Melayu; ~ mohor a) cap kerajaan (tera kerajaan): Sultan Johor telah mengurniakan ~ mohor kpd Raja Melewar; b) cap pd mata wang;
mengecap 1. membubuh atau menaruh cap, menjadikan bercap; 2. mencetak (buku, surat khabar, kain, dll): surat khabar Utusan Melayu telah ~ berita itu dgn huruf-huruf kasar di muka hadapannya; 3. memberi bertanda: bilangan gigi gear itu ada dicap pd gear tersebut; 4. ki menganggap sbg, menuduh atau menamai: Amerika sendiri mungkin dicap ingin menguasai Vietnam Selatan; kita boleh ~ dia sbg “sasterawan nakal”;
cap-mengecap segala usaha cetakan, cetak-mencetak;
mengecapkan menerakan, mencetakkan;
pengecapan 1. † perihal (perbuatan, kerja, dll) mengecap(kan); 2. percetakan; 3. perusahaan cap-mengecap, pencetakan
cap II
sj ukuran besar kira-kira secekak (ibu jari bertemu dgn hujung salah satu drpd jari lainnya)
cap III
bunyi orang makan atau mengunyah makanan, atau bunyi orang (binatang) berjalan di lumpur
cap IV; mengecap
mengocok (daun terup), menggaul
cap-mengecap
segala usaha cetakan, cetak-mencetak
capa I
sj tumbuhan (herba yg boleh dibuat ubat), capu, sembung, Blumea balsamifera
capa II
sj permainan judi
|