Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 576
Hari ini : 12.055
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 23 24 25 26 27 >  Last ›
celagi
1. sj tumbuhan (pokok dan buahnya), asam jawa, Tamarindus indica; 2. sj tumbuhan (herba), Xyris anceps
celaguri
sj tumbuhan (pokok kecil), seleguri, Sida rhombifolia
celah

1. tempat yg terluang (sela, renggang) di antara dua benda; ~ dinding tempat yg terbuka di antara dua papan pd dinding (sela-sela dinding); ~ jari ruang di antara jari (sela-sela jari); 2. sampuk, perkataan (cakap) yg menyelang atau memenggal (perkataan orang): “jemputlah minum,” ~ isterinya; 3. masa terluang (antara dua pekerjaan dll): tak ada ~ hendak pergi ke rumahmu; 4. ruang yg terluang: sesungguhnya dunia Islam, di ~ kelemahannya akan menjadi dunia sekular; 

      ~ daun sudut atas di antara daun dan dahan (ranting) tempat tumbuhnya atau di antara dahan dan batang pokok; ~ suara Id lubang dlm halkum yg menerbitkan suara; ditaruh di ~ gigi pun tak cukup ki sangat sedikit (bkn makanan dll);  

      mencelah 1. masuk di celah (orang dll), berada di celah-celah: perempuan itu ~ di antara kedua-dua anaknya yg sedang berkelahi itu; 2. memotong cakap orang, menyampuk: belum sempat saya menghabiskan perkataan saya, dia pun ~; saya tidak mahu ~ kata-katanya;  

      mencelah-celah masuk melalui celah-celah (orang ramai dsb)

celak

habuk hitam (biru) utk mewarnai kening (bulu mata, keliling mata): ~ mata; pensel ~ sj pensel utk mewarnai kening dan keliling mata;  

      bercelak memakai celak;  

      mencelak, mencelaki menghitamkan kening (bulu mata, keliling mata) dgn celak

      (célak) Mn; bercelak, mencelak, tercelak bercahaya, berkilat, bersinar

celaka

1. malang (bkn nasib seseorang), sial, tidak baik: nasibnya sungguh ~; 2. sesuatu yg menyebabkan penderitaan (kesusahan dll), kemalangan, kesialan: apabila sudah mendapat ~, seorang pun tidak datang menolong; 3. makian, keparat, jahanam, bedebah: anak sial, anak ~! 4. seruan utk menyatakan kemarahan (kekecewaan dll): ah! C~! Apalah nasib; ~ tiga belas malang sekali;

      mencelakakan menimbulkan (mendatangkan) celaka, menjahanamkan (merosakkan dll): lubang itu digali orang utk ~ kita; dia ~ setiap orang yg berkawan dengannya;  

      kecelakaan bencana, kemalangan, kesusahan, malapetaka: hidupnya terdesak dan mengalami ~ selalu; polis tidak ada di tempat ~ itu; perempuan itu mati kerana ~. 

celam
~-celum keluar masuk (rumah dll), sebentar ke sana sebentar ke sini (bebas saja ke sana sini), celas-celus
celana
seluar: ~ dalam; ~ panjang (pendek dll)
celanat
bp kata makian, celaka
celang; mencelang
terbuka luas (bkn mata), terbeliak, terbuntang: matanya ~. 
celangak I

terbuka luas (bkn pintu dll);  

      mencelangakkan membuka luas-luas

celangak II
~-celinguk Jk menengok-nengok ke kiri kanan (kerana berasa hairan, asing, dll )
celangap
Jk terbuka atau ternganga (bkn mulut)
celapak I; mencelapaki

mengangkangi: lembu itu ~ dan menanduk dia;  

      mencelapakkan mengangkangkan: dia ~ anak kecil itu di pinggangnya;  

            tercelapak (jatuh, duduk) terkangkang: jatuhlah ia ~ pd belakang ikan alu-alu
celapak II
Kd cepat-cepat, lekas-lekas, (dgn) segera: penyamun-penyamun itu ~ masuk ke rumah Pak Ali
celar, celari
†; kain ~ sj kain (sarung) sutera yg bersulam benang emas pd tepinya
celaru; bercelaru

tidak tentu arah, tidak beraturan (berketentuan, keruan, dll), kacau-bilau: rancangan kita yg ~ ini;  

      mencelarukan menyebabkan celaru, mengacau-bilaukan: ~ fikiran; 

            kecelaruan perihal bercelaru (bkn keadaan, fikiran, dll), keadaan kacau-bilau: ~ yg wujud apabila agama Taoisme, Hindu, dan Islam dianggap sama sudah jelas menunjukkan kejahilan
celas
~-celus keluar masuk (rumah dll), celam-celum
celat Jk; mencelat
melompat jauh (tinggi); 2. ki melambung tinggi (bkn harga)
celatu
 kelekatu
celatuk †; bercelatuk
berbual-bual (berjenaka, bersenda gurau, dll)
‹ First  < 23 24 25 26 27 >  Last ›