Ditemukan : 1433 Record
cekit II
Kl; mencekit menyindir
cekodok
bp sj cucur yg dibuat drpd adunan tepung dgn pisang yg digoreng
ceku †; menceku
menekankan barang-barang tajam (kuku, jarum, peniti, dll) pd benda-benda yg lembut
cekuh I; mencekuh
memegang (mengambil) dgn tangan: apa dicekuh semua tak kena; dicekuhnya parang itu
cekuh II
cekap, mahir
cekuk I
~-cekik a) tercekik-cekik (spt orang lemas); b) bercekik-cekikan;
mencekuk menekan (leher dll)
cekuk II
ubat yg dimasukkan ke dlm mulut dgn paksa;
mencekuk memberi minum ubat dgn paksa;
mencekukkan memasukkan ubat ke dlm mulut dgn paksa: ibu ~ ubat air ke dlm mulut Hasnah
cekuk III
lekuk, cekung
cekuk IV
~ manis sj tumbuhan (daunnya boleh dibuat sayur), asin-asin, Sauropus albicans; cekur
cekung
lekuk atau cengkung (mata, pipi, dll), lekuk melengkung di tengah-tengah (cermin dll): jika permukaannya melengkung ke dlm, cermin itu dinamakan cermin ~.
cekup I; mencekup
1. menutupkan tapak tangan atas sesuatu, menangkap (lalat, belalang, dll) dgn tapak tangan; 2. ki menawan atau menangkap (orang dll)
cekup II; mencekup
1. mencakup (dgn mulut); 2. mengambil dgn hujung jari, mencekup
cekup III
~ puyuh sj permainan kanak-kanak
cekup IV
sj burung;
~ belukar sj burung, Phylloscopus reguloides; ~ dahan sj burung, Phylloscopus coronatus
cekur
sj tumbuhan (umbinya dibuat ubat), Kaempferia galanga; ~ manis sj tumbuhan (daunnya boleh dibuat sayur), asin-asin, cekuk manis, Sauropus albicans;
~ jerangau berbau lagi = ~ jerangau belum habis lagi prb masih mentah lagi (belum matang), masih muda benar; memanjat pokok ~ boleh mati jatuh prb menerima kesusahan (hukuman) yg berat drpd kesalahan yg sedikit
cekut; mencekut
mengambil (mencekup, memegang) dgn hujung jari yg dikatupkan: anak itu ~ sedikit nasi lalu memakannya
cela
1. kekurangan, cacat, cedera: tidak ada cacat ~nya sedikitpun; 2. aib, noda (bkn perbuatan dll); 3. kecaman, kritik: puji dan ~ tidak bercerai;
bercela mempunyai cela (cacat dll);
mencela mengecam, mengkritik (dgn memburuk-burukkan sahaja), mencaci, mencacat: mengapa kau ~ dia?
tercela tercacat, dapat (patut) dicela: kelakuannya tidak ~;
celaan kecaman, kritikan (yg memburuk-burukkan sahaja), cacian;
kecelaan 1. cela, cacat, kecacatan; 2. keaiban: mendatangkan ~ kpd keluarga;
berkecelaan bercacat, dapat (patut) dicela;
pencelaan perihal (perbuatan dsb) mencela;
pencela orang yg mencela, pengkritik (yg suka memburuk-burukkan sahaja), pencaci.
(céla) Mn sj kain kasar; → cele
celadang
Kd bakul bersegi empat (tempat padi)
celaga I
tangkai kemudi, bam kemudi
celaga II † → jelaga
|