Ditemukan : 1433 Record
cenonot
1. bahagian atas punggung ayam (tempat bulu ekor tumbuh); 2. tulang tongkeng
centadu → cengkadak
centaka
centang I
(céntang) ~-perenang tidak bersusun (beraturan), lintang-pukang
centang II
(céntang) Jw †; mencentang memberi tanda pd tulisan utk peringatan
centang III; mencentang
(céntang) memukul, menampar
centawan
sj tumbuhan (pokok yg dibuat ubat), Conocephalus amoenus
centayu → jentayu
centeng
(centéng) Id 1. jaga atau penjaga bangunan (gudang dll); 2. mandur di ladang-ladang syarikat (persendirian); 3. † pengawas (pemeriksa) penjualan candu
centet
(centét) Jk 1. menjadi kecil (pendek dll), menyentap, susut; 2. menjimatkan, menghematkan
centil → sentil I
centong
(céntong) 1. pencedok yg tangkainya spt gayung dll; 2. = ~ nasi senduk nasi;
mencentong mencedok dgn centong
centung
jambul (pd kepala burung dll), hujung rambut yg berikat
cenua
Kl sj tangkal (guna-guna) utk membuat orang jatuh kasih, ubat pengasih
cenuk
Kd; minyak ~ minyak yg diperoleh drpd pohon tengkawung, minyak kawang
cenung; tercenung, tercenung-cenung
termenung(-menung), termangu-mangu: sekalian cucu kembali ~ dan berpandangan sesama sendiri apabila memikirkan perkara itu
cenuram
Kd lurah (lereng bukit dll yg curam)
ceongsam
(céongsam) C sj pakaian wanita Cina berbelah di tepi dan berleher kepuk;
berceongsam berpakaian ceongsam
cepak
bunyi spt bunyi orang makan, cecap;
mencepak, mencepak-cepak mengecap-ngecap (ketika makan atau minum): dia ~ kesedapan
cepat
1. laju, deras, kencang, pantas (bkn gerakan, waktu, kejadian, dll): langkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke sekolah; ~ bangun pagi;
~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan lebih dahulu; ~ marah lekas marah; ~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan;
secepat; ~ kilat sangat cepat (spt kilat); ~ mungkin seberapa cepat yg dapat, selekas mungkin;
secepat-cepatnya secepat mungkin, selekas mungkin, selekas-lekasnya;
bercepat-cepat, bersecepat, bersicepat. 1. berlumba-lumba, berebut-rebut hendakkan cepat; 2. lekas, terburu-buru, tergesa-gesa: tak usah ~ menyeberangi jalan, kereta terlalu banyak lalu-lalang;
mencepat menjadi cepat;
mencepatkan 1. melakukan (mengerjakan dll) dgn cepat, menderaskan, mengencangkan: aku pun ~ langkahku; 2. menyegerakan, melekaskan, menyebabkan berlaku lebih dahulu, memajukan waktu: rumah yg ~ mereka kaya
|